'Siapa suruh ko kahwin dengan laki orang? Mendapat la ko' - Isteri kecewa suami mengadu pada bekas isteri, tapi netizen kata itulah balasannya
"Kelmarin aku check handphone suami, tiba-tiba terjumpa chat dia dengan bekas isteri. Aku baca segala luahan dia pada bekas isteri yang dia menyesal berkahwin dengan aku," luah seorang wanita di Facebook confession popular. Kisah Rumah Tangga.
Menurut wanita itu, dia mengenali suaminya ketika lelaki itu sudah berkahwin. Namun dek termakan kata-kata manisnya, dia akhirnya tersungkur dilamun cinta yang belum pasti bahagia di pertengahan jalan.
Kini, hatinya remuk apabila mendapati suami mengadu pada bekas isteri, malah turut menyatakan dia kecewa dengan perkahwinan itu sedangkan sebelum ini lelaki itu pernah berjanji akan menjaganya.
"Aku kahwin dengan dia, tahun lepas. Waktu aku kenal dia mula-mula dulu, dia masih suami orang. Tapi dia yakinkan aku yang dia boleh menjaga aku. Aku tak sangka dia menyesal berkahwin dengan aku.
"Sekarang aku dengan dia dah sah. Apa hak bekas isteri nak ambil tahu tentang laki aku? Siap cadangkan aku kerja lagi, apa hak dia?
"Aku sedih sangat sebab diorang berdua buat aku macam ni, buat macam aku tak ada perasaan. Ye aku tahu aku tak bekerjaya macam bekas isteri dia. Tetapi aku nak kerja apa dengan kelulusan akademik setakat SPM saja yang aku ada?"
Katanya, suami sepatutnya berterus terang mengenai apa yang terbuku di hatinya, bukannya mengadu domba pada bekas isteri yang ternyata sudah tiada ikatan lagi. Baginya, tindakan suaminya itu hanya akan membuatkan dia sedih kerana perihal rumah tangga mereka diceritakan pula kepada orang lain.
"Nak meniaga pun aku tak pandai. Patutnya dia boleh saja bersikap jujur dengan aku, apa yang dia tak puas hati dengan aku. Bukannya mengadu dengan bekas isteri.
"Aku sedih sangat, rasa buntu sangat. Dulu dia sayang sangat dekat aku. Apa aku nak, semua aku dapat. Tapi sekarang semua dah berubah. Aku kecewa sangat," ujarnya.
Berdasarkan gambar-gambar screenshot perbualan WhatsApp itu, si suami banyak mengadu mengenai isterinya tidak seperti bekas isterinya kerana wanita itu seringkali merungut kerana kesempitan, berbanding ketika bersama bekas isteri, segalanya mencukupi.
Kekesalan itu membuatkan si suami mahu kembali bersama bekas isterinya, tetapi hasrat itu terbantut kerana bekas isteri bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Bekas isterinya bagaimanapun bersikap positif dan meminta lelaki itu memberi ruang untuk diri mereka masing-masing menerima keadaan itu.
Netizen memuji sikap wanita bernama Iffah itu yang positif dan tidak terpengaruh dengan mesej bekas suaminya. Kata netizen, lelaki itu memang kerugian besar bilamana membuat keputusan untuk menceraikan bekas isterinya.
from The Reporter http://bit.ly/2L2sHNx
via IFTTT