(Video) Anak tercekik bulu ayam yang masih melekat pada ayam goreng McDonald's


Seorang wanita di China tidak lagi berminat dengan restoran makanan segera McDonald's selepas anak perempuan tercekik sejumlah besar bulu ayam yang masih melekat pada kepak ayam goreng McDonald's. 

Menurut wanita itu, dia tidak menyedari bulu ayam itu masih ada sehinggalah dia menyuap tiga ketul kepak ayam itu kepada anaknya.

Dia mendakwa, anaknya terbatuk-batuk dan keluar dari mulutnya bulu ayam itu ketika mereka sedang makan ayam goreng itu di rumah mereka pada Ahad lalu. 

Video dan gambar menunjukkan kepak ayam itu masih mempunyai bulu ayam, yang turut digoreng bersama. 

Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, Zhou pergi ke salah sebuah restoran terbabit dan membuat aduan mengenainya. 




Penyelia restoran itu menawarkan pampasan 10 kali ganda dari harga ayam goreng itu dan tambahan 300 yuan (RM184) dalam bentuk kupon dan tunai kepada Zhou. 

Tetapi Zhou enggan menerimanya dan melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa. 

Susulan kejadian itu juga, McDonald's China membuat permohonan maaf di media sosial negara itu dan mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kejadian itu. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter http://bit.ly/2DAxP5q
via IFTTT