'Anak sesak nafas, suhu badan naik mendadak & batuk berdarah' - Ibu trauma anak jatuh sakit selepas dicium tetamu majlis
Lagi contoh kes di mana kanak-kanak mengalami masalah kesihatan akibat dicium atau disentuh oleh tetamu yang tidak sihat atau tidak menjaga kebersihan. Disebabkan itu, si anak kecil yang tidak berdosa terpaksa menanggung kesakitan dan ditahan wad selama dua minggu.
Beringatlah ibu bapa, usah dipedulikan apa yang orang kata, apa yang penting kesihatan anak kita dibawah tanggungjawab kita. Jangan anak dah sakit nanti baru nak menyesal.
INGAT ye semua para ibu bapa. Memandangkan hari raya bakal menjelang tiba, biarlah Nia berkongsi sebuah cerita yang menjadi pengajaran buat kalian. Nia dah dapat pengajaran daripada kekhilafan Nia sendiri.
Bukan nak menakut-nakutkan korang semua but I get my lesson. Okey, straight to the point.
Perkara ini dah setahun berlalu, ianya berlaku tahun lepas. Nia jenis obses nak buat kenduri, nak share kegembiraan dengan ramai kenalan sampai Nia langsung tak ambil kisah tentang kisah-kisah orang lain share di Facebook.
Pernah tak korang dengar pasal, "Jangan bagi anak dicium oleh orang lain sebab tak pasti tahap kebersihan orang berkenaan dan berbahaya untuk anak korang"?
Sebenarnya bunyi macam mengarut tetapi sebenarnya benda ini memang benar. Sebab tahun lepas Nia buat majlis Aqiqah Lawa dan harijadi Qhansa dalam bulan Mei 2018. Tiba-tiba Lawa batuk tak berhenti-henti dan macam sesak nafas. Suhu badannya naik mendadak. Nia ingat tak ada apa-apa yang serius sehinggalah malam itu Lawa batuk sehingga muntah keluar darah.
Bukan sikit-sikit darahnya tau (rujuk gambar). Kami suami isteri masa itu panik sangat-sangat terus bawa Lawa ke Muar, klinik (swasta) di mana Lawa dilahirkan.
Doktor nak tahan wad tetapi Nia tolak sebab bayaran agak tinggi dan kami pula tak ambil insurans untuk anak pada masa itu. Doktor bekalkan ubat dan Lawa dibenarkan pulang. Sampai di rumah, Lawa sesak nafas lagi. Kali ini mukanya berubah kebiruan akibat sesak nafas dan batuk tak berhenti.
Suami Nia memang jenis pantas, dia terus bawa Lawa ke Jabatan Kecemasan, Hospital Besar Melaka. Masa sampai, doktor periksa anak kami dan benarkan kami pulang kerana katanya tiada apa-apa yang serius setelah diperiksa dan Lawa dah tak batuk serta nyenyak tidur.
Sejurus kami keluar daripada pintu kecemasan, Lawa terjaga dan sekali lagi diserang sesak nafas. Kali ini dia batuk dan darah keluar banyak sangat dan kami berlari masuk semula ke ruang kecemasan, terus ke Zon Merah sebab memang dah teruk sangat pada waktu itu. Cadar katil penuh dengan darah.
Nia memang panik sangat sehingga terkeluar bahasa yang agak kasar buat doktor-doktor di Zon Merah. Memang Nia dah tak tentu arah. Darah keluar macam air. Anak sesak nafas. Mujur doktor-doktor itu faham yang Nia panik pada masa itu. Dengan pantas mereka ambil Lawa dan beri bantuan pernafasan. Nia dah hampir pitam pada waktu ini.
Dan ada beberapa doktor muda mendekati Nia pada masa itu.
"Puan jangan panik, kami sedaya upaya membantu. Puan tenang dan ceritakan, anak puan ada jatuh ke? Ada apa-apa yang puan nak kongsikan dengan kami?"
Nia cuma beritahu tak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah mereka bertanya ada ke anak ini didekati oleh orang-orang yang merokok atau demam atau kurang bersih? Terus automatik Nia teringat, Nia buat majlis aqiqah di mana Lawa dikerumuni ramai orang. So memang tak pasti ada yang demam, selesema, perokok atau sesiapa saja.
Memang khilaf Nia, memang Nia akui salah Nia. Biarkan orang ramai dukung Lawa, cium Lawa. Nia tak nak orang kata Nia kedekut anak. Tak nak orang cop Nia ni acah-acah ibu yang bagus sampai tak nak langsung bagi orang sentuh anak.
Dan selepas semua prosedur kecemasan dilakukan, Alhamdulillah tiada apa yang kritikal dan Lawa mengalami trauma di bahagian tekak dia sebab mungkin daripada sakit tekak yang teruk (mungkin sebab dia selesema, batuk teruk dan bau asap rokok atau bau rokok yang melekat di baju si perokok yang menyentuh atau mencium dia) dan kemungkin juga makanan yang disuapkan ke dalam mulut Lawa yang dia tak boleh makan.
Lawa ditahan wad lebih kurang dua minggu, bukan jangka masa yang pendek ye. Sepanjang dua minggu inilah, para doktor brainwash Nia. Jangan fikir apa orang nak cakap pasal kita, anak itu anak kita, amanah Allah buat kita. Jadi keutamaan kita untuk memastikan anak kita selamat. Biarlah orang nak kata kedekut ke apa, jangan sesuka hati benarkan orang sentuh anak kita. Lantaklah orang nak menilai apa.
ANAK KITA, HAK KITA!
Setiap anak berbeza, even Qhansa pun dia tak sama macam adik dia. Lawa sangat sensitif dan sampai hari ini Nia tak boleh lupakan peristiwa ini dan apa-apa yang berlaku pada anak-anak Nia, memang Nia takkan ambil ringan. Nia memang serik sangat-sangat. Saya seorang ibu yang paranoid.
Ingat ye semua, raya ini tak payah peluk cium anak Nia kalau korang demam, selesema atau baru selepas merokok. Tak payah suapkan makanan dalam mulut anak saya. Sebab saya ibunya, anak saya sakit bukan korang yang tanggung risiko. Nia harap benda ini jelas ye.
Sumber: Nia Bridal House Nbh
from The Reporter http://bit.ly/2JLMNdG
via IFTTT