Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui di jambatan pengairan di Kabupaten Bone, Indonesia.
Dalam kejadian yang berlaku pada petang 18 Mei lalu, mangsa, Alif Maulana, 10, sebelum itu meminta izin dari ibu bapanya untuk pergi berbuka puasa di Masjid Almunawwarah.
Selesai berbuka puasa dan solat maghrib, mangsa bermain dengan rakan-rakannya dan ketika itulah dipanggil oleh suspek, Basman, 19, yang kemudian membawa dia ke jambatan tersebut.
Suspek kemudian meliwat mangsa. Mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan lalu menjerit, namun suspek segera menutup mulut dan hidungnya dengan tangan sehingga tidak dapat bernafas, lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, ibu bapa mangsa menunggu kepulangan anak mereka yang tidak kunjung tiba. Bimbang ada perkara yang tidak diingini berlaku, mereka terus melakukan pencarian dan menemui mayat mangsa di atas jambatan tersebut pada jam 12.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Ulaweng, Iptu Muhammad Tahir berkata, mayat mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk tindakan lanjut, sementara pihaknya melakukan siasatan.
Hasil siasatan, polis menahan suspek di kediamannya pada waktu subuh. Suspek cuba melarikan diri menyebabkan polis terpaksa melepaskan dua das tembakan pada betis suspek.
Sumber: ReqNews
from The Reporter http://bit.ly/2YN1HUt
via IFTTT