Seorang gadis berusia 21 tahun di Jepun bernama Yuka Takaoka ditahan kerana cuba membunuh selepas dia menikam kenalan lelakinya di pangsapuri kediamannya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 23 Mei lalu, polis Tokyo menerima panggilan kecemasan pada jam 4 petang dari suspek yang mengaku telah menikam mangsa di bahagian perut.
Pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa terbaring tidak sedarkan diri di lantai dan berlumuran darah dan suspek duduk di sebelahnya.
Dalam keterangan kepada polis Yuka mengakui dia menikam mangsa dan kemudian segera menghubungi polis selepas berbuat demikian.
Menurut Yuka, dia pada awalnya merancang untuk membunuh mangsa, sebelum membunuh diri.
Siasatan polis mendapati motif kejadian berkaitan dengan perhubungan mangsa dengan suspek.
Yuka berkata, "Saya sangat mencintai dia dan tak dapat mengawal diri. Selepas membunuh dia, saya juga mahu mati," katanya.
Gambar di tempat kejadian juga viral di media sosial, menunjukkan Yuka dan mangsa berlumuran darah.
Yuka kelihatan sedang merokok dan tangan sebelah kanannya sedang memegang telefon bimbit sambil dibantu oleh seorang pegawai polis.
Mangsa masih dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal, manakala Yuka pula direman untuk membantu siasatan.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter http://bit.ly/2WuinSZ
via IFTTT