Bukan sahaja dianggap menyeramkan, malah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang netizen yang kemudian mengecam iklan raya tersebut.
Berdasarkan iklan raya Kuih Bangkit yang berlatarkan lagu Selamat Hari Raya yang dinyanyikan penyanyi asal Miss Aminah pada 1963 dan berdurasi hampir sembilan minit itu menunjukkan si ibu meninggal dunia selepas menghubungi anaknya.
"Sampai mati mak, zam. Baru kau nak balik?" kata si abang, Azim, kepada adiknya, Azam ketika berada di kubur arwah ibu mereka.
Kecewa dengan pemergian ibunya, Azam kemudian mengambil tali dan cuba membunuh diri namun gagal berbuat demikian sebelum muncul bayangan ibunya di sebelah yang kemudian menjerut tali di leher Azam membuatkan lelaki itu hampir putus nafas.
Didorong dengan rasa kemarahan, Azam kemudian mengambil pisau dan menikam abangnya yang sedang tidur.
Selepas itu, Azam menggali kubur dan membawa jenazah ibunya pulang ke rumah.
Menjelang pagi, Azim yang baru keluar dari biliknya terpinga-pinga apabila melihat Azam sudah siap memakai baju raya dengan kehadiran ibunya di ruang tamu.
"Kau ni kenapa zim? Mak takde sedih, mak dah balik pun sedih.."
Tidak berapa lama kemudian datang sekumpulan kanak-kanak beraya di rumah mereka. Si ibu menjemput mereka masuk untuk makan tetapi salah seorang kanak-kanak itu berkata, mereka hanya datang untuk mendapatkan duit raya.
Si ibu menjemput mereka masuk ke dalam sementara dia mengambil duit raya di dalam bilik dan ketika itulah sekumpulan kanak-kanak itu ternampak mayat Azim di atas katil, Azam pula dalam keadaan tergantung dan jenazah ibu mereka berada di bawah katil.
Baru terdetik hati untuk melarikan diri, pintu rumah sudah ditutup dan kelibat tiga beranak itu sudah berada di pintu merenung mereka dengan pandangan yang menyeramkan.
Pada penghujung iklan, kelihatan pakaian kanak-kanak terbabit bersepah di lantai dan di dapur pula sedang dimasak cecair berwarnah merah yang kononnya darah mangsa.
REAKSI NETIZEN
'APA KE BANGANG SANGAT PEMBARIS-PEMBARIS DALAM KOMEN NI?' - NETIZEN
Semakan di ruangan komen mendapati, 99% netizen tidak menggemari iklan raya versi seram ini dan mereka sebulat suara mengatakan bahawa iklan ini boleh memberikan imej buruk kepada Islam dan Melayu. Selain itu, netizen mendakwa iklan itu menunjukkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya.
Sumber: Marhaen TV
from The Reporter http://bit.ly/2HKGlBm
via IFTTT