Lelaki ditahan kerana hamilkan adik kandungnya sendiri yang dikenali melalui Facebook


Seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa merogol gadis bawah umur tanpa mengetahui bahawa mangsa adalah adik kandungnya sendiri, yang dikenali melalui Facebook.

Lelaki terbabit merupakan mahasiswa berasal dari Ciamis, Indonesia, kini ditahan di Balai Polis Ciamis. 

Suspek juga didakwa telah merogol mangsa sehingga mangsa hamil dan melahirkan anaknya. 

Suspek sendiri tidak menyangka bahawa, mangsa yang bernama Bunga, 16, adalah adik kandungnya tetapi berlainan ibu. 

Ketua Polis Daerah Ciamis, Bismo Teguh Prakoso berkata, selama ini suspek dan mangsa tidak pernah bertemu.

"Pada awalnya mereka berkenalan di Facebook sehinggalah berlakunya kejadian itu," ujarnya. 

Dari perkenalan itu, suspek dan Bunga kemudian merancang untuk bertemu pada Ogos 2018. Dalam pertemuan itu, suspek telah merogol mangsa secara paksa sebanyak tiga kali. 

Kejadian pertama berlaku di rumah suspek, kejadian kedua berlaku di ruah sewa dan yang yang terakhir di tempat lain. 

Mangsa kemudian disahkan hamil dan telah melahirkan anak. 

Akibat dari kejadian itu, kedua-dua belah keluarga bertemu tetapi mereka semua terkejut apabila mendapati suspek dan mangsa adalah anak dari bapa yang sama tetapi berlainan ibu. 

"Suspek ditinggalka bapanya sewaktu dia masih dalam kandungan," kata Bismo. 

Kejadian itu sangat memalukan mereka semua tetapi tiada apa yang dapat dilakukan kerana nasi sudah menjadi bubur. 

Bunga hamil dan melahirkan anak abangnya kandungnya sendiri. Bunga juga sudah berhenti sekolah dan kini sedang diberikan kaunseling. 

Sementara itu suspek telah ditahan polis selepas keluarga mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis. 

Suspek berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun kerana merogol kanak-kanak di bawah umur. 

Polis turut merampas satu set baju tidur, seluar dalam dan satu baju dalam milik mangsa sebagai bukti dalam kes tersebut. 

Sumber: Tribun Wow


from The Reporter http://bit.ly/2EI9eMB
via IFTTT