'Saya jual buah pinggang agar saya dapat beli rumah untuk isteri' - Lelaki akur dengan syarat bekas isteri demi rujuk kembali


Kerana terlalu sayangkan bekas isteri, lelaki ini sanggup berbuat apa sahaja demi memenuhi keinginan wanita itu. Lelaki yang berasal dari Indonesia ini  mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik satu status di Facebook mengatakan dia mahu menjual buah pinggangnya.

Difahamkan, Muksal M dan isterinya telah bercerai. Namun dia mahu merujuk kembali dan bekas isterinya telah meletakkan syarat di mana dia perlu memiliki rumah terlebih dahulu.

“Assalamualaikum. Jika ada sesiapa yang membaca status ini. Saya mohon kepada seluruh pengguna media sosial, mungkin ada antara kita semua yang memerlukan buah pinggang. Saya menawarkan buah pinggang saya untuk dijual. 

"Mohon bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Saya mohon. Ini semua saya lakukan demi memenuhi permintaan isteri saya. Saya dan isteri saya sedang berpisah ketika ini. Saya menjual buah pinggang untuk memenuhi permintaan isteri untuk membeli rumah. Saya lakukan ini untuk kembali pada isteri saya. Jika ada tolong hubungi saya...” tulisnya.


Muksal turut menyertakan gambar-gambar screenshot perbualan mereka di WhatsApp dan berdasarkan gambar itu, wanita terbabit menegaskan dia tidak mahu terus tinggal di rumah orang tuanya mahupun rumah mertuanya, malah enggan menyewa rumah dan hanya mahu memiliki rumah sendiri. 

"Ema mahu ikut Ab tapi dengan satu syarat, Ab mesti carikan rumah untuk kita. Ema tidak mahu lagi tinggal dengan orang tua kita, dan menyewa. Ema tak peduli samada rumah itu kecil atau besar yang penting, rumah sendiri. Ema sudah bosan dengar orang mengata.

“Ema mahu lihat sebesar mana rasa cinta dan sayang Ab pada Ema. Jika Ab benar-benar mahu hidup bersama Ema lagi, semua ini Ema lakukan untuk kebaikan kita. Biar Ab juga tahu bagaimana rasa hidup selepas bernikah”



Bagaimanapun, tindakan lelaki ini ditentang oleh netizen dan menyarankan agar dia tidak mengikut kehendak 'gila' bekas isterinya itu.

"Allah Maha Adil bang, biarkan bekas isteri abang ini pergi jika itu yang dia inginkan. Berusahalah untuk mencari wang agar dia menyesal di kemudian hari. Bukannya dengan menyakiti diri sendiri. Jodoh dan rezeki serta maut itu di tangan tuhan," kata netien. 

"Buah pinggang kau bukan milik kau. Kau tak ada hak ke atas itu. Itu milik Allah. Menjual organ badan itu bukanlah jalan penyelesaian. Bahkan jika kau menjualnya, masalah yang baru pula akan muncul. Allah berikan kita kesihatan yang baik agar kita boleh berusaha lebih lagi. Jangan termakan hasutan syaitan dan berputus asa," tambah netizen lain. 

Tetapi Muksal pula membalas, "Kata orang, hidup ini perlu ada pengorbanan jika kita tulus mencintai seseorang." 

Sumber: Berita Kini


from The Reporter http://bit.ly/2Wvfgdx
via IFTTT