(Video) 'Mari lawan aku! Mu nak viral sangat kan?!' - Isteri sepak kepala suami depan anak, tuntut cerai


"Lawan! Hooo! Hoo! Lawanlah! Mari! Mu nak viral sangat kan?! Haa mari, lawan aku! Lawan! 

"Oh, aku ambik video tak nak lawan aku. Lawanlah! Aku ambik video, mengucap pulak mu, ingat Allah pulak mu. Hebak lakonan mu, hebak! 

"Mana surat cerai aku?! Duit pun tak bagi satu sen!" demikian kata wanita dalam video viral di media sosial yang menunjukkan dia menendang dan menyepak kepala suaminya bertubi-tubi di hadapan anak-anaknya. 

Menurut sumber, si isteri mendakwa suaminya tidak memberi nafkah dan bertanya bila lelaki itu mahu menceraikannya. Malah, dia juga mendakwa suaminya sebelum itu memukul dia tetapi apabila dia mula merakam video, lelaki itu berpura-pura menjadi mangsa. 


Pelbagai reaksi yang diberikan netizen. Ada yang tidak bersetuju dengan tindakan wanita terbabit, tidak kurang juga yang mempertahankannya. 

Namun tampil seorang individu yang menceritakan perkara sebenar bahawa lelaki itu sebenarnya adalah mangsa dan si isteri yang bermasalah. 

SEBENARNYA saya kenal leaki yang kena sepak dengan bii dia itu. Biar saya betulkan apa yang terjadi. 

Lelaki itu berasal dari Selangor dan bini dia berasal dari Kelantan. Dia manager dan isterinya datang dari keluarga yang bermasalah. 

Sebenarnya lelaki itu bertanggungjawab, nafkah semua cukup, bapa penyayang dan lelaki itu memang penyabar. 

Perempuan itu pula dengan mak dia sendiri pun dia panggil anjing. Dia sumpah seranah mak dia. Masa di kampung, dia bergaduh dengan semua adik beradik lelaki dia pula. Dan sekarang dia bergaduh pula dengan mak bapak dan adik beradik suami dia. 

Sebelum ini dia memfitnah keluarganya sendiri telah membomohkan dia. Lelaki ini pernah pindah ke Johor Bahru dan perempuan itu pindah ke kampung atas permintaannya. Tetapi bergaduh dengan adik beradik dia dan dia datang ke Kuala Lumpur semula. 

Suami dia terpaksa pindah semula ke Kuala Lumpur. Selepas itu, dia nak pindah pula ke Kelantan semula, buat rumah di sana. Suami ikutkan saja, berhutang buat rumah di Kelantan untuk betina ini tahun 2016. 

Tetapi betina ini bergaduh pula dengna keluarga nenek saudara dia dan akhirnya diorang datang balik ke Kuala Lumpur, tinggalkan rumah yang dah dibuat kerana perangai buruk betina itu.

Malah ibu bapa dia sendiri pun bergaduh dengan orang kampung dan adik beradik dia, perangai sebijik macam dia. Korang nilaikan sendiri. 

Kalau tengok Facebook dia, semua post buruk pasal orang lain. Mak mentua dia pernah dia sepak, mak sendiri dia sumpah seranah. Tetapi si suami langsung tak cerita keburukan dia di Facebook. 

Ini betina tak guna, dapat suami baik pun tak hargai. Saya harap sekiranya betina ini jadi janda nanti, janganlah ada lelaki yang terperdaya dengan perwatakan dia. Sekian terima kasih. 

Walau apapun masalah rumah tangga yang dihadapi, usahlah memilih jalan kekerasan atau keganasan untuk menyelesaikan masalah. Sekiranya perlu, berjumpalah dengan pihak yang sepatutnya dan berbincang bagaimana mahu mengekalkan rumah tangga itu bahagia. 




from The Reporter http://bit.ly/2EEKDrO
via IFTTT