Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 petang 23 Mei lalu dirakam dashcam menunjukkan mangsa ditumbuk suspek bertubi-tubi di bahagian muka dan kepala.
Terdahulu, mangsa, Eduardo Madiedo, 36, mengambil penumpang lelaki dan wanita yang meminta dihantar ke Mount Sinai Hospital.
Dalam perjalanan, lelaki itu kelihatan gelisah, baring di pangkuan wanita itu dan mengerang di tempat duduk belakang.
Selepas 11 minit perjalanan, lelaki itu meminta Eduardo memandu laju ke destinasinya.
"Maaf encik, saya tak dapat potong kereta yang berada di hadapan ini," balas Eduardo.
"Kenapa?" soal suspek.
"Kalau encik berterusan bersikap kurang ajar begini, saya akan berhenti di tepi jalan sekarang juga," kata Eduardo.
Berang dengan kata-kata itu, suspek terus menumbuk kepala mangsa bertubi-tubi dari belakang sambil dihalang oleh wanita terbabit.
Eduardo tidak mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu. Jabatan Polis New York sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.
Dashcam footage shows the moment a Lyft driver was attacked by his passenger pic.twitter.com/tEIpwBqGJA— NowThis (@nowthisnews) May 31, 2019
Insiden itu membuatkan golongan pemandu e-hailing di negara itu mengadakan protes berhubung gaji rendah dan tahap keselamatan pemandu e-hailing yang terancam.
Juga dilaporkan 20 pemandu Lyft di Bandar New York juga pernah menjadi sasaran sindiket jenayah rompak yang telah dirancang. Selain itu, terdapat kes di mana penumpang mengambil telefon bimbit mereka dan membuat transaksi digital dari wang milik pemandu ke akaun peribadi mereka.
30 Mei, pihak Lyft mengumumkan bahawa mereka akan menyekat penumpang yang mendapat rating rendah.
Sumber: Now This
from The Reporter http://bit.ly/2Xp77EV
via IFTTT