'Ya Allah, banyaknya kemudahan VVIP & sangat ambil berat pada ibu bakal bersalin' - Netizen teruja dengan perkongsian pengalaman bersalin di UK


Setiap ibu bapa sudah pasti teruja menyambut kelahiran cahaya mata. Segala persiapan sudah pasti disediakan untuk keselesaan si manja. Si ibu pula perlu bersedia fizikal dan mental untuk menunggu hari yang dinantikan. Segalanya memerlukan kerjasama suami dan isteri untuk memastikan segalanya dipermudahkan.

Berbeza di United Kingdom (UK), seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini segala persiapan bagi ibu bersalin dipermudahkan. Wakil Kesihatan Sosial akan sentiasa memantau perkembangan mereka dari segi kelengkapan bayi, emosi si ibu, pemantauan semasa bersalin dan selepas bersalin. Undang-undang akan dikenakan kepada ibu bapa sekiranya tidak mematuhi segala peraturan yang disediakan.

PENGALAMAN bersalin di UK. Sebulan sebelum due, wakil social health datang ke rumah check barang-barang apa yang dah beli untuk preparation sambut bayi lahir. Seperti baby car seat, baby cot, pakaian baby dan lain-lain.

Kalau tak beli lagi, seminggu selepas itu dia mari check pula tanya khabar. Kalau tak beli juga, tindakan undang-undang akan dikenakan. Kalau tak ada duit nak beli lagi, inform je pada mereka. Nanti mereka akan berikan peruntukan kewangan untuk dapatkan barang-barang baby. Yang penting semua kelengkapan bayi tu cukup sebelum dilahirkan.


Tapi, Alhamdulillah saya dah beli semua dah walaupun sepanjang tempoh kehamilan isteri saya macam-macam barang baby dapat secara percuma.

Selepas itu dia tanya lagi, apa persediaan kita untuk sambut bayi ini, persediaan suami macam mana, adakah suami membantu atau beri tekanan untuk sambut bayi ini.

Dia periksa kebersihan rumah, dalam bilik, dapur semua dia masuk periksa termasuk binatang peliharaan pun dia tanya dan catit.

Kalau suami tak membantu dan lihat muka isteri monyok unhappy dan stress, dia akan catat dalam note. Jika berlaku apa-apa pada isteri, suami kena tindakan undang-undang. Aduh jeng jadi suami di UK ni.


Dia tanya lagi, nak bersalin di hospital, rumah atau birth center. Kalau di hospital boleh bersalin dalam air, atas katil atau nak ceaser, tapi dia tak galakkan ceaser walaupun ada pendarahan berlaku. Mereka lebih kepada beranak normal atau natural birth.

Ibu boleh buat pilihan asalkan ibu happy dan tak stress. Undang-undang sini tidak memaksa ibu nak bersalin di rumah, asalkan ibu selesa dan kena inform pihak midwife supaya pihak hospital boleh turun membantu. Yang penting ibu happy sokmo.

Kalau masa anak kedua saya di Malaysia dulu, isteri saya bleeding sikit terus kena ceaser, kena ugut macam-macam kalau tak ceaser. Mungkin anak awak atau isteri awak risiko mati. Aduh, terus tekanan. Ikutlah doktor asalkan dua-dua selamat belaka. Ini cerita anak kedua lahir di Malaysia lah.

Sepanjang kehamilan dan bersalin wife saya di sini, semuanya midwife dan doktor perempuan sahaja, doktor-doktor pelatih tak dibenarkan ada bersama ketika nak bersalin. Kalau ada pun, dia akan minta permission dengan tuan empunya badan dulu. Kalau tak nak, doktor-doktor pelatih itu tak boleh ada sekali. Semua urusan bersalin hanya midwife yang berpengalaman sahaja. 

Midwife sentiasa akan menemani ibu yang bersalin, memberi kata-kata semangat sehingga baby selamat dilahirkan. Jika rasa nak menjerit, jeritlah sekuat hati pun tak apa, midwife tak marah malah dia galakkan buat begitu.

Kisah selepas bersalin pula. Alhamdulillah selepas bersalin normal, sikit pun tak kena gunting atau potong untuk bukaan itu lebih cepat. Midwife akan pantau sahaja dan memberi cadangan duduk atas bola besar agar bukaan lebih cepat dan selamat. 


Labour room pun cukup-cukup selesa dilengkapi tv, katil dan tempat mandi. Boleh makan dan minum, terpulang pada si ibu nak buat apa sementara menunggu bukaan bersalin. Saya pun boleh teman sebab seorang ibu satu bilik khusus untuk bersalin.


Bab suntikan vaksin pada bayi pun dia tak paksa sebab hak masing-masing (human right). Hospital tak paksa dan menghormati parent beragama islam yang sensitif dengan kandungan khinzir dalam vaksin. Sangat-sangat menghormati.

Begitu juga family planner, nurse tak boleh nak membebel-bebel anak kecil lagi dah nak beranak. Sini terpulang, selagi boleh beranak, beranaklah ramai-ramai. Kerajaan sedia membantu sepenuhnya tanpa mengira bangsa, kaum atau agama. Sangat-sangat positif.


Lepas bawa balik baby, esok harinya juga social health akan datang periksa baby dan tanya kesihatan ibu. Bab baby ini dia periksa habis semua sekali. Dia akan pastikan baby ini tak ada apa-apa kecederaan/penderaan. Kalau ada, automatik pihak polis akan mari rampas baby kita sebab tak pandai jaga.

Baby tak boleh tidur sekatil dengan parents, kena tidur atas katil khusus untuk dia sendiri, tak boleh tidur sekatil dengan mak ayah sebab ianya menyalahi undang-undang di sini.

Alhamdulillah boleh baby boy boleh sunat terus lepas sebulan dua. Kalau baby girl jangan cari pasal, nanti baby girl tu kena rampas terus dengan social workers dan parents akan didakwa dan dipenjara.

Alhamdulillah, semuanya selamat tanpa dikenakan bayaran satu sen pun, malah dapat free lagi barang-barang baby oleh pihak hospital.

Sumber: Abdul Halim


from The Reporter http://bit.ly/2EIGO4U
via IFTTT