Penulisan di bawah merupakan penulisan yang viral di media sosial dan tidak semestinya ia mencerminkan pendirian rasmi The Reporter.
17 Mei lalu, media tempatan melaporkan Zoo Negara berada dalam situasi terdesak memerlukan pengunjung yang lebih ramai bagi menampung kos operasinya khususnya Harimau Malaya yang boleh menelan belanja RM500,000 setahun.
Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, sebanyak RM100 sehari diperlukan untuk memberi makan kepada Harimau Malaya, manakala Harimau Bengal makan 10kg daging (RM200) sehari. Jumlah perbelanjaan keseluruhan termasuk ubat bagi tempoh setahun adalah RM40,000.
Selain itu katanya, faktor perbelanjaan pekerja yang juga memerlukan kira-kira RM500,000 setahun.
"Secara idealnya, untuk memperluaskan dan menjadikan zoo sebagai tumpuan pemerhatian Harimau Asia, kita memerlukan kira-kira RM1 juta setiap tahun.
"Ini juga boleh didapati melalui penajaan swasta di mana syarikat boleh menaja satu atau lebih haiwan selagi mereka suka. Mereka juga boleh menamakan bayi yang baru lahir," katanya.
Zoo Negara katanya kini hanya bertahan dengan bantuan kerajaan yang berbentuk one-off untuk penyelenggaraan dan pemerliharaan.
Dari segi kehadiran pelawat, jumlahnya merosot sejak tahun 2015 sehingga ke hari ini. Zoo Negara hanya mencatatkan rekod sebanyak 708,000 pelawat pada 2014 iaitu ketika China menghadiahkan dua ekor panda kepada Malaysia.
Sementara itu di media sosial, tampil pihak yang mengkritik dan mendakwa Zoo Negara tidak aktif dalam mempromosikan produknya sendiri baik dari pihak atasan sehingga ke pekerja bawahan.
ZOO NEGARA nak bangkrup, baik tutup jelah. Sales and marketing department buat apa? Makan gaji buta? Harap sahaja ada degree, tapi kualiti kerja macam sampah!
Itulah mentaliti pekerja lemang. Semua kerja nak senang. Tak habis-habis harapkan dana kerajaan dan habiskan duit kerjaaan. Facebook pun macam budak-budak terencat akal manage.
- Graphic Designer mana? Meninggal?
- Marketing person buat apa? Main Tumblr?
- Facebook Ads tak reti buat ke?
- YouTube channel mana? Promote dan buat duit menggunakan YouTube pun tak reti?
- Website pun macam zaman P. Ramlee punya.
- Penetration dari website dan gunakan Google Ads pun tak buat?
- Instagram, Pinterest, Linkedin, Tumblr mana?
- Infographic mana?
- Organically post mana?
- Content story mana?
- Lawak kartun haiwan untuk boostkan engagement mana?
- Iklan-iklan di TV mana?
- Engagement dan cooperation dengan page FB luar negara?
- Kajian data pesaing, apa yang pesaing zoo negara luar buat ada kau orang buat research tak?
- Development menyeluruh berkaitan pelancongan ada buat?
Bila tak ada kerja, bising. Tapi bila dah dapat kerja, kau orang buat apa? Goyang telur dan nasi lemak kat office? Gaji ribu-ribu tapi mutu kerja macam sampah. Kerja asal boleh. Dapat gaji, mudah buat pinjaman Honda. Dapat pencen. Mati, senang.
Inilah mentaliti Melayu setinggan. Buka kedai nasi lemak tepi jalan, banner bunting (marketing) pun tak buat. Dok tercongok tunggu pelanggan. Bila pelanggan tak datang, mengadu. Salahkan ekonomi negara tak bagus, salahkan Najib, salahkan DAP, salahkan orang dengki santau, salahkan kerajaan tak tolong promote, salahkan bank bagi kat kroni saja.
Samalah macam Zoo Negara ini. Baik bagi haiwan duduk dalam office buat kerja lagi bagus. Kau orang pula pergi masuk kandang.
Ramai netizen yang bersetuju dengan pandangan itu dan menggesa agar jawatan penting dalam pengurusan Zoo Negara digantikan dengan individu yang lebih berkelayakan dan berkaliber dalam memastikan Zoo Negara tidak terus dibelenggu masalah yang sama.
from The Reporter http://bit.ly/2JYAJFd
via IFTTT