Polis menahan 31 remaja yang masih bersekolah kerana menunggang basikal yang diubah suai secara berbahaya dalam ‘Ops Basikal Lajak’ di Kampung Pohon Batu di Labuan.
Ketua Polis Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata, mereka yang ditahan berumur antara 10 hingga 17 tahun.
“Dalam operasi dua jam di Jalan Pohon Batu Pancur Hitam bermula 11 pagi hingga 12.20 tengahari itu pada Sabtu, pihak polis memeriksa kesemua basikal yang telah diubah suai dan saman dikeluarkan sebelum kesemua mereka dibawa ke balai polis untuk disoal.
"Kami telah memanggil ibu bapa remaja berkenaan dan menasihati mereka agar memantau kegiatan anak masing-masing kerana kegiatan itu boleh membahayakan keselamatan mereka serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya.
Iklan
Katanya antara pengubahsuaian yang dilakukan termasuk bahagian pemegang yang boleh digerakkan dan membuang brek keselamatan.
Muhammad Farid berkata kesemua remaja itu kemudian dibebaskan.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2XhH3iF
via IFTTT