Budak nyaris maut, tablet Samsung terbakar ketika dicaj semalaman & letak di atas tilam


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari United Kingdom nyaris terbakar apabila 'tablet' miliknya terbakar di atas tilam selepas dibiarkan dicas semalaman.

Kanak-kanak yang tidak disiarkan identitinya itu berkata, dia baru saja bangun pada pagi itu dan mendapati tabletnya terbakar. 

Menurut pihak Bomba dan Penyelamat Staffordshire, keluarga itu bernasib baik kereta tilam anak mereka tidak terbakar. 

Difahamkan, tablet Samsung itu dibeli empat tahun lalu dan mula dicas pada jam 9 malam. 

Pegawai Bomba, Brad Robins, berkata, keluarga berkenaan terkejut dengan kejadian itu dan menjadi pengajaran buat mereka agar tidak meninggalkan alat peranti dalam keadaan dicas di atas benda yang boleh menyebabkan kebakaran apabila ia terlalu panas. 

"Sentiasa letak telefon atau tablet di atas permukaan yang selamat ketika mengecas telefon bimbit. Pastikan anda membeli alat pengecas yang tulen dan mengikut arahan dari pihak pengeluarnya. 

"Selain itu, pastikan produk anda didaftarkan jika ada produk peranti yang tergolongan dalam produk dipanggil semula," katanya. 

Pihak bomba turut memasang dua alat penggera kebakaran di kediaman keluarga itu sebagai langkah keselamatan.

Sumber: 9  News


from The Reporter http://bit.ly/2xa89ZL
via IFTTT