Kepala pekerja ditetak kerana dituduh curi durian, tapi durian tak ada


Seorang pekerja warga Indonesia cedera di kepala akibat ditetak kerana dituduh mencuri buah durian. 

Dalam kejadian yang berlaku pada petang semalam di Felda Tembangau 2, mangsa sebelum itu pergi ke blok 8 ladang sawit Felda Tembangau 2 untuk memunggah sawit. 

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa didatangi oleh seorang anak peneroka Felda yang mendakwa dia mencuri buah durian, lalu ditetak di bahagian kepala. 

Bagaimanapun, tiada buah durian yang ditemui berhampiran tempat kejadian. 

Mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. 

Sementara itu, polis sedang menyiasat kes tersebut. 



from The Reporter http://bit.ly/2WQJHH4
via IFTTT