'Kesian adik ni. Baru main sekali Beyblade dah kena rembat' - Simpati dengan nasibnya, lelaki ini tampil hadiahkan 3 Beyblade baru


Baru-baru ini viral di media sosial perkongsian seorang wanita mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang menangis kesedihan berikutan gasing moden atau Beyblade miliknya telah dicuri.

Menurut Ukhti Ya Humaira, kanak-kanak lelaki itu bukan berasal dari keluarga yang berada, mengumpul duit sekolah setiap hari semata-mata mahu membeli Beyblade. 

"Adik ini bukan dari keluarga senang, kumpul duit sekolah hari-hari sebab nak beli Beyblade. Namun apakan daya, baru main sekali Beyblade, dia dah kena rembat (curi). 

"Mak ayah, kalau anak ada bawa balik mainan dari mana-mana dan perasan tak pernah beli pun mainan itu, bertanyalah dahulu anak ambil mainan itu dari mana. Jangan membiasakan anak dari kecil lagi dah ambil barang orang," katanya. 

Perkongsian Humaira itu mendapat banyak perhatian netizen sehingga ada beberapa individu yang menawarkan diri untuk memberikan Beyblade baru kepada kanak-kanak berkenaan. 

Susulan viral gambar kanak-kanak itu, tampil seorang lelaki menghadiahkan tiga set Beyblade baru antaranya God Valkyrie dan Sieg Xcalibur berserta dengan Beyblade Battle Stadium berwarna biru. 




"Terima kasih untuk abang ini dari Alor Setar ke Bukit Mertajam. Semoga jasa baik dibalas Allah SWT. Aamiin," kata Humaira. 

Sementara itu, netizen memuji usaha lelaki berkenaan menghulurkan permainan kegemaran kanak-kanak itu. 




from The Reporter https://ift.tt/2XqCrq3
via IFTTT