Pemandu khayal dadah rempuh penjaja nasi lemak sehingga maut, mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM8,000
Lelaki yang didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga merempuh gerai nasi lemak menyebabkan penjajanya meninggal dunia, memilih untuk mengaku tidak bersalah.
Tertuduh, G Ravi, 31, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret M Kalaiarasi, di Mahkamah Majistret Butterworth, semalam.
Mengikut pertuduhan, pada jam 10 pagi 16 Jun lalu, Ravi didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sebelum merempuh penjaja nasi lemak, Roslinda Mohamad Isa, 44, sehingga maut di Jalan Bertam Indah.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azmil Johari memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh dan jika berhasrat sebaliknya, Ravi diberi jaminan RM20,000.
Majistret M Kalaiarasi membenarkan Ravi diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan bermula semalam dan sebutan semula kes pada 22 Julai ini.
Sementara itu, anak sulung mangsa, Muhamad Razin Naufan Mat Subri, 20, turut hadir di mahkamah bersama adik keudanya, Nur Syafiqah Mat Subri, 18, bagi mengikuti prosiding.
Menurut Razin, mereka hadir bagi mendengar Ravi membuat pengakuan bersalah tetapi sebaliknya yang berlaku.
"Saya takkan maafkan dia, malah masih marah dengan kejadian yang menimpa ibu yang meninggal dunia atas kecuaian orang lain," katanya.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter http://bit.ly/2IVoo2i
via IFTTT