'Sampai berbuih mulut lembu, ada yang tersungkur sebab penat' - Netizen gesa pihak berkuasa Melaka hapuskan tradisi kereta lembu


Keindahan, keunikan dan sejarah negeri-negeri di Malaysia menjadi tumpuan pelancong dalam negara dan juga luar negara. Oleh yang demikian juga, pelbagai tarikan yang dibuat oleh sesebuah negeri untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang berkunjung.

Negeri Melaka, sebuah negeri yang tidak asing lagi untuk diceritakan tentang sejarah dan keunikan negeri tersebut. Tarikan terkini melalui gambar yang dimuat naik oleh Melaka Network, pengangkutan kereta lembu diangkat kembali dan dijadikan sebagai pengangkutan kepada para pelancong.

"Setelah sekian lama kelibat Kereta Lembu tidak kelihatan di Bandar Hilir. Akhirnya mereka kembali beraksi di Bandar Hilir. Salah satu produk pelancongan Melaka yang semakin dipinggirkan. Inilah warisan anak jati Melaka yang pernah menjadi ikon utama Negeri Melaka satu ketika dulu. Harap Kerajaan Negeri Melaka menyediakan tapak yang sesuai di  bandar hilir atau kawasan sekitar."


Berdasarkan sejarah, kereta lembu merupakan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan negeri Melaka. Pengangkutan ini diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan digunakan sebagai pengangkutan oleh orang kaya di Melaka.



Namun, usaha ini tidak dipersetujui oleh sebilangan netizen. Mereka beranggapan, tradisi ini sebenarnya membuatkan lembu-lembu itu terseksa. Bahkan ada yang mendakwa dia ternampak salah seekor lembu tersebut jatuh, berkemungkinan lembu tersebut sudah penat. 

Tradisi ini bukan sahaja dilihat sebagai satu penyiksaan kepada binatang, malah memberikan impak juga kepada kebersihan jalan raya. Najis-najis lembu     bertaburan di jalan raya.






Netizen mengharapkan agar pihak yang berwajib meniliti kembali kesan dan akibat tentang usaha dan tradisi ini. Bermacam-macam lagi tarikan pelancongan yang boleh dibuat untuk menarik lebih ramai pelancong.

Sumber: HermyR


from The Reporter https://ift.tt/2JavEYb
via IFTTT