'Tak payah (bayar), saya tolong you hari ini nanti orang tolong saya punya' - Netizen terharu baca kisah 2 beranak ini


Kata orang, lakukanlah kebaikan pada orang yang menghadapi kesusahan, nescaya perbuatan baik itu akan dibalas dengan kebaikan. Seperti yang dilalui oleh dua beranak ini yang kehabisan minyak motosikal selepas pulang dari menghantar anak perempuannya menghadiri temuduga. 

Tanpa disangka, tampil seorang lelaki yang prihatin menawarkan diri untuk membantu mereka, malah tidak meminta bayaran kerana percaya perbuatan membantu orang yang berada dalam kesusahan akan membawa kepada kebaikan pada suatu hari nanti. 

"Kita buat baik dekat orang, bila kita susah mesti ada orang tolong kita balik," - Abah


ABAH memang menjengkelkan. Tetapi, he did everything for his children. Hari ini abah bawa aku pergi interview kerja di Bukit Jalil. Memang selalu abah yang bawa aku pergi.

Selepas interview, dalam perjalanan nak balik tiba-tiba motosikal abah habis minyak. Abah terlupa isi minyak sebelum gerak tadi. Jadi, kitorang pun parklah di pondok perhentian bas di tepi Apartment Anggun, Bukit Jalil sambil berfikir macam mana nak gerakkan motosikal legend abah tu. 


Stesen minyak masih jauh dari situ. Abah bagi aku duit, suruh naik LRT Bukit Jalil. Tapi aku tak nak. Yela, bapak aku takkan jadi macam ni kalau tak disebabkan aku kena interview kan? So aku stay. 

About 5 minutes fikir dengan abah mana nak cari botol isi minyak. So aku pun cakaplah dekat abah, "Takpelah kita tolak je motosikal itu dulu sampai stesen minyak, kat sana mesti ada botol.


Aku ambil gambar ini nak tunjuk dekat mak, bukti bahawa kitorang marathon hari ini. 

Baru saja beberapa langkah, tiba-tiba...

Datanglah seorang uncle Cina ini. Dia rushing keluar dari apartment ke kereta dia yang park di bus stop yang sama. So, dia tanya abah aku what happen?! Ayah aku pun ceritalah. 


Uncle itu offer nak pergi belikan minyak walaupun aku nampak dia rushing. Ayah aku hulur duit, dia kata, "Aiyaa lepas beli maa." 

Uncle itu siap cakap, "Tunggu dalam 10 minit aaa". 

Selepas 10 minit, uncle itu pun sampai bawa tong minyak weh! Sebab yelah, abah aku tak ada botol spare. Kalau ikut tong full minyak untuk tank RM7 camtu. Ayah aku hulur balik RM5, dia cakap "Tak payah, tak payah, saya tolong you hari ini, nanti orang tolong saya punyaa." 



Lalu aku pun berangkat pulang ke rumah bersama ayah dengan membawa sata vibes! Abah cakap dengan aku selepas start motosikal, "Mungkin kebaikan kita yang lepas yang kita pernah tolong orang sebelum ini ke, berbalas pada kita hari ini. Alhamdulillah". 

Apa pun, abah dengan uncle Cina itu is the best for today. Abah susah payah bawa aku pergi interview. Uncle itu pula susah payah belikan minyak untuk kami dua beranak boleh bergerak balik. 

Punyalah banyak kereta motor yang lalu tepi jalan besar itu, uncle itulah yang offerkan diri. Thank you uncle! 


Apa-apa pun, this both are the greatest! Abah dan motosikal lagend kriss dia tu takkan terpisah. Berapa tahun dah motosikal itu dok angkut kitorang satu family terutamanya mak. Well I have seen one quotes that say, "There is no man could take care of one woman like her Abah did". 

Untuk yang tanya macam mana dengan interview, Alhamdulillah aku lepas. Esok aku ada dua lagi interview dan nak merempit dengan abah lagi. But this time minyak kena spare juga. 

Sumber: Nebula


from The Reporter https://ift.tt/2Nvv9NE
via IFTTT