(Video) 2 lelaki dirakam mengunyit secara terbuka di kawasan perumahan


Viral di media sosial video dua lelaki sedang 'bermesra' di atas motosikal mencetus pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan tidak bermoral itu. 

Klip video berdurasi 49 saat itu dipercayai dirakam di Sungai Isap, Kuantan, menunjukkan dua lelaki muda itu dengan beraninya berkelakuan sumbang di kawasan terbuka. 

Meskipun perbuatan mereka dilihat oleh orang awam yang melalui kawasan itu, bagaikan tiada perasaan malu mereka meneruskan perbuatan jijik itu tanpa menyedari aksi mereka sedang dirakam. 


Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz mengambil maklum mengenai video viral itu dan memandang serius perlakuan itu yang disifatkan tidak sopan dan mencemarkan imej Islam. 

"Tindakan mereka itu adalah bertentangan dengan agama dan saya meminta individu yang merakam video itu untuk tampil membuat aduan kepada kita bagi mengenal pasti identiti dua lelaki dan tarikh sebenar kejadian itu," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, setakat ini tiada sebarang laporan yang diterima berhubung video viral itu. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2KynNH1
via IFTTT