(Video) 'Macam ni ke awak jalankan tugas? Tak ikhlas sungguh!' - Berang terpaksa menunggu lama, pelanggan ugut viral restoran nasi ayam tetapi...


Viral di media sosial sejak 10 Jun lalu, video seorang wanita bernama Nona Zabidin meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pekerja restoran Chicken Rice Shop di Alamanda, Putrajaya. 

Menurut Nona, dia dan keluarganya sudah lama duduk di meja makan namun tiada pekerja yang datang mengambil pesanan mereka. 

Tidak puas hati dengan insiden itu, Nona mula merakam video, memarahi pekerja restoran tersebut dan mengugut mahu viralkan video itu di media sosial. 

"Customer datang tak nak layan, biar customer beratur berderet panjang. Dik, macam ni ke kau layan customer? Customer dah duduk, kau tak nak ambil order. Is this is how you service customer? 

"There's no excuse kalau you tak cukup pekerja. You faham? Orang duduk, you datang ambil order. Apa salahnya? You sakit hati dengan customer, you tak boleh kerja sini tau?" kata Nona. 

"Tak, I bukan sakit hati. Masalah sekarang..." belum sempat pekerja terbabit memberi penjelasan, Nona pula memotong percakapannya.

"You ambil order sekejap saja. Mak saya nak makan tau?" katanya yang mula meninggikan suara. 

"Iye, nanti saya ambillah," jawab pekerja berkenaan. 



"No! Kenapa you tak ambil tadi? Orang lain semua dah duduk, you ambil order, saya duduk situ awak tak ambil order? Apa masalah awak ni? Awak kerja, awak kerja betul-betul tau, biar ikhlasss layan orang." kata Nona. 

"Tapi semua orang beratur kak," pekerja itu sekali lagi cuba memberi penjelasan. 

"No no no! Ini semua orang baru beratur, saya duduk di situ dah lama. Macam ini ke awak jalankan tugas? Tak ikhlas sungguh. 

"Saya akan viralkan Chicken Rice Shop ini. Jangan ada orang pergi sini!" katanya. 

Sejak dimuat naik 10 Jun lalu, video tersebut telah ditonton lebih 1.43 juta kali. 

Bagaimanapun, netizen di Twitter pula mengecam tindakan pengadu yang dianggap tiada kesabaran dan melampau kerana perkara itu boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu rakam dan viralkan di media sosial. 

















Tidak berpuas hati dengan respon yang diterima, Nona membidas netizen yang menyokong pekerja restoran terbabit. 

"Yang tweet ramai-ramai ni?? Are majority Chicken Rice Shop staff yang support kawan dia orang. Inilah standard Chicken Rice Shop ambil pekerja budak-budak muda yang tak cerdik. They don't care about Chicken Rice Shop, all they care is support staff yang sombong dan kerja tak ikhlas tu," katanya.



Namun hari ini, Nona 'memaafkan' semua pihak yang dianggapnya tidak bertamadun termasuk pihak yang memuat naik semula video itu di YouTube dan Facebook. 

"Sincerely I forgive all these uncivilised netizens comments and also the one posted in the YouTube and Facebook.

"I understand coz they don't know the actual situation before video taken. Many has manipulated the video to attract viewers. One thing, Chicken Rice Shop please improve your services," katanya. 



Sumber: Nona Zabidin


from The Reporter http://bit.ly/2J28naX
via IFTTT