Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di sebuah sekolah menengah di Setiu.
Siasatan awal mendapati, kejadian itu membabitkan pelajar tingkatan dua dan empat yang berlaku dalam kelas.
Bagaimanapun, setakat ini pihak polis belum menerima sebarang laporan dari mana-mana pihak berhubung kejadian itu.
Difahamkan, pihak sekolah sedang berurusan dengan ibu bapa dua pelajar terbabit untuk menyelesaikan kes tersebut tanpa membabitkan polis.
Meskipun begitu, Aidi berkata, polis memandang serius kejadian itu dalam kalangan pelajar yang kebiasaannya berpunca daripada isu kecil seperti ejek-mengejek yang seterusnya membawa kepada kes buli.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/31MC48l
via IFTTT