Isteri siram suami dengan air panas sehingga mati kerana berang dimadukan senyap-senyap


Berang dimadukan, seorang wanita bertindak menyiram suaminya dengan air panas sehingga maut. 

Dalam kejadian yang berlaku di Makassar, Indonesia, suspek, Aminah, kecewa dan marah selepas mengetahui suaminya, Bachtiar, 28, bernikah dengan wanita lain tanpa pengetahuannya. 

Difahamkan, sebelum kejadian itu, Aminah sedang memasak air dan emosinya terganggu bercampur baur dengan perasaan marah. 

"Saya tidak berfikir panjang, terus menjirus air panas pada tubuh suami saya yang sedang tidur nyenyak. 

"Saya sangat kecewa kerana dia jarang memberi nafkah, malah turut meminta saya meminjam wang daripada jiran," katanya. 

Mangsa mengalami kesan luka melecur yang teruk dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, keadaan Bachtiar semakin teruk dan ahli keluarga menyarankannya mendapatkan rawatan tradisional. 

Kaedah tradisional juga tidak membantu dan akhirnya mangsa meninggal dunia. 

Suspek ditahan polis untuk membantu siasatan. 


from The Reporter https://ift.tt/2JMBq3P
via IFTTT