Menurut Alif Farhan, keretanya hanya mengalami kerosakan kecil sahaja, tetapi apabila diserahkan pada sebuah bengkel di Taman Emas Indah, Sungai Petani, Kedah, dia dikenakan caj yang tidak masuk akal.
"Area Sungai Petani. Kalau kereta rosak atas highway atau di jalan biasa, nampak lelaki ini datang, jangan bagi dia towing.
"Nanti dah sampai bengkel, mulalah rosak sana rosak sini. Pastu bagi harga tak masuk akal. Padahal yang rosak itu sikit saja," katanya.
Area sungai petani.. kalau kereta rosak atas highway or kat jalan.. nampak keling ni mai.. jangan la bagi dia towing.. nanti dah sampai bengkel mula la rosak sana rosak sini pastu bagi harga tak masuk akal.. padahal yang rosak tu sikit ja.. pic.twitter.com/pWP2xP9Sfz— af (@aliffarhan_af) July 26, 2019
Sementara itu di media sosial, netizen turut berkongsi pengalaman yang sama pernah ditipu oleh golongan yang bertuhankan duit haram ini.
"Area Sungai Petani ini ada banyak bengkel. Kena pandai pilih sebab kereta aku pernah rosak dan ada seorang uncle India ini datang tolong towing kereta aku, tak kena caj pun. Dia repair aku memang harga dia (sepupu aku mekanik juga, so aku memang discuss habis-habis pasal harga dengan dia).
"Dia repair kereta aku okey sampai sekarang tak ada apa-apa masalah. First tu aku tak percaya juga sampai ayah aku datang tengok sendiri. Sekarang kereta memang kami repair di kedai uncle itu saja.
"Jangan disebabkan satu kedai yang buat perangai macam ni, tutup periuk nasi kedai orang lain.
"Nama kedai tak ingat, tapi kedai dia berdekatan dengan traffic light simpang empat dekat hospital lama. Masuk lorong kecil dekat kuil sikit. Ini nombor telefon dia, 019-583612. Nama pun lupa, selalu panggil Uncle saja," kata Fara.
Sumber: Alif Farhan
from The Reporter https://ift.tt/2K6Yf0U
via IFTTT