Remaja 17 tahun tak mampu pergi sekolah tetapi masih tetap belajar dengan harapan dapat ambil SPM 2019


Kisah keluarga ini mula mencuri tumpuan ramai apabila kisah kesusahan hidup mereka dikongsikan oleh Nur Asfaridah Umar, Penolong Pegawai Sosio Ekonomi Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) di Twitter.

Apa yang menyedihkan melalui perkongsian tersebut, salah seorang anak kepada Mohd Fadillah yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini, terpaksa melupakan hasratnya untuk ke sekolah kerana kesempitan hidup. Gadis ini mempunyai semangat untuk belajar. Di biliknya penuh dengan nota-nota pelajaran dan jadual waktu. 

Bukan setakat itu sahaja, mereka sekeluarga juga menahan lapar dan selalu berpuasa.

FIRST aku nak kongsi kisah budak ini. Dia calon SPM tahun ni. Dia betul-betul nak ke sekolah, tapi kekangan duit, dia tak dapat nak pergi sekolah. Dia nak belajar, dekat bilik dia penuh nota, jadual waktu belajar dia sendiri. Sedih weh. Sumpah. 



Paling sedih dia cakap dia pernah jalan kaki ke sekolah. Jarak jauh sangat dari rumah dia sebab bapa dia cakap bapa dia betul-betul tak dapat hantar dia sekolah. Minyak kereta tak ada.

Dia budak cemerlang. Result exam dia pun cun. Dia cakap rutin harian dia, waktu pagi dia akan belajar dan terus belajar dengan buku yang ada. Walaupun lama tak pergi ke sekolah. Kalau pergi ke sekolah, kawan dia pulaukan dia. Cikgu tak percaya masalah dia. Sampai satu hari cikgu dia sendiri minta maaf dekat dia. Dan minggu depan percubaan SPM. Dia nak pergi sekolah, tapi dia tak dapat. Sebab apa? Sebab bapa dia tak ada duit minyak kereta.

Sekarang ni masalah dia, dia tak ada alat tulis nak belajar. Pen semua dah habis dan kertas mahjung.




First aku nak cakap, kerja aku memang bahagian kebajikan. Pergi rumah orang miskin, jumpa mereka, tanya masalah mereka. Itu kerja aku. Cuma sekarang, kes ni aku paling sebak dan aku betul-betul rasa dekat dengan dua orang budak ni.

Diorang cakap diorang belum makan, selalu berpuasa. Diorang malu sebenarnya cakap belum makan, masa aku tanya. Tapi, aku paksa jugak cakap. Then diorang cakap, minum air suam saja tadi.

Waktu kerja dah habis. Aku mintak izin bapa dia bawak diorang keluar. Satu lagi, family diorang jauh dekat Sabah dan Lundu. Tak ada sangat family atau saudara dekat dengan diorang. Itu yang aku sebak tu.

Aku happy tengok muka diorang yang happy sangat makan. Dah la sopan, baik, beradab. Yang best tu diorang sentiasa bersyukur.


Anak dia cakap, ayah dia jarang menangis. Tapi kali ini, jatuh jugak air mata lelaki dia. Yang paling aku tak pernah lupa, bila dia cakap balik dari laut, dia tak tahu isteri dia dah meninggal. Rupa-rupanya dah tiga hari isteri dia meninggal. Kedatangan dia bukan jumpa isteri, tetapi pusara isteri dia.

Ayah diorang keje mekanik dekat rumah. Pendapatan kurang dari RM500 sebulan. Dulu kerja dekat Offshore, gaji hebat puluhan ribu, dia hebat sangat. Panjang sangat kalau nak cerita. Tapi bila isteri dia telah meninggal, dia korbankan kerjayanya dan menjadi suri rumah untuk anak-anaknya. Kehidupan mewah dia dulu bertukar 360 darjah. Tapi dia tetap bersyukur sebab hari-hari anak-anak ada di depan mata dan kasih sayang tu penuh.



Aku bukan orang yang hebat nasihat, ilmu agama. Aku pun cetek. Background zaman belajar pun jauh terpesong. Tapi aku letakkan diri aku macam Ebit Lew. Aku sedaya upaya untuk beri semangat hidup untuk mereka. Allah uji sebab Allah sayang.



Gais, bila kau tengok diorang mampu tersenyum walaupun berat masalah, aku rasa malu sebab diorang kuat. Tak macam kita, sikit dugaan terus mengeluh. Doakan segala urusan mereka dipermudahkan. Amin.

Banyak lagi kisah. Tapi setakat ini sahaja aku nak kongsi. Nak menderma, atau nak sumbangkan apa-apa sahaja, direct DM aku.




from The Reporter https://ift.tt/2Z62Qa8
via IFTTT