'Tengah borak, tiba-tiba dia raba punggung aku' - Gadis nyaris dirogol penunggang motosikal berpura-pura mahu membantunya tukar tayar
Seorang wanita mengalami trauma selepas dicabul oleh seorang penunggang motosikal yang berpura-pura mahu membantunya menukar tayar kereta yang pecah.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kelmarin, tayar kenderaan mangsa pecah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum berhenti di lorong kecemasan.
Berikut perkongsian mangsa di Instagramnya:
Aku tak tahu nak cakap apa, tapi sekarang aku tengah shaking gila babi disebabkan lelaki ini. Hari ini hari paling seram aku pernah rasa. Bukan seram hantu tapi seram dengan lelaki perogol bersiri macam lelaki tadi.
Macam biasalah, on the way pergi kerja, tengah sedap-sedap drive tiba-tiba terdengar bunyi benda meletup kuat gila. Tapi tengok tak ada apa-apa, so drive sajalah. Lama-lama rasa kereta macam berat je dan senget sebelah. Bukalah tingkap, pastu terdengar bunyi pelik dan bau hangit kuat gila. Rupa-rupanya tayar kereta meletup.
So perlahan-lahan dari lorong kanan pergi ke lorong kecemasan. Masa itu di Highway Latar, memang susahlah kereta nak berhenti minta tolong. Sudahlah semua kereta laju-laju. Tak tahu nak buat apa. Berhenti sekejap di lorong kecemasan sebab nak beritahu ayah.
Masa tengah call itu, tiba-tiba datang sebuah motosikal ini entah dari celah mana pun tak perasan. Dia pun tanya, "Apa jadi? Okey tak tu?"
Tengok muka dan dengar suara, memang rasa (dia) macam baiklah kan. So aku letaklah sedikit kepercayaan aku pada dia dan minta tolong dari dia untuk tukarkan tayar.
Yang buat aku lagi percaya sebab dia pakai seluar biru dan boot (macam boot polis). Jadi aku fikir dia polis. Dia keluarkan alat-alat tukar tayar semua, dia buatlah. MAsa nak buka skru, ada satu skru tak boleh dibuka. Dia pun macam dah give up.
"Takpelah bang kalau tak boleh tu, nanti papa saya datang. Abang pergilah kerja, dah lambat ni," aku kata.
Dia pun macam tunjuk kesian kat aku apa semua, dia macam nak usahalah lagi untuk buka skru tu.
Tiba-tiba ada peronda datang tanya apa yang berlaku. Then dia call orang Guthrie, cakap ada tayar meeletup.
"Okey, saya dah call, nanti orang tu datang tukarkan. Awak tunggu saja," katanya.
Okeylah, aku tunggu. Ingatkan lelaki tadi pun pergilah kan sebab peronda dah call bantuan, rupanya tidak. Dia ajak boraklah apa semua, aku pun layan tak layanlah. Kalau tak layan langsung, nanti dia cakap aku sombong sebab dia dah tolong sikit kan. Tak pasal-pasal aku kena rompak pula nanti.
Tiba-tiba tengah borak tu, dia datang dekat aku then dok raba-raba punggung aku. Ha time tu aku dah rasa something wrong, rasa kena pukau sebab tak boleh nak buat apa.
Time dia raba tu, aku rasa macam tak boleh nak bergerak mana-mana, sumpah. Aku rasa aku cuba elak tapi rasa macam tak boleh nak gerakkan badan. Aku dah lost, tak tahu nak buat apa. Sudahlah tak ada sesiapa, hanya aku dengan dia je.
"Nak duduk dalam kereta boleh? Panaslah, nak angin jap," dia kata.
Then aku tak tahu kenapa, macam mana aku boleh ikut cakap dia. Aku masuklah kereta dengan dia sementara tunggu orang tukar tayar itu datang. Dah duduk tu, dia mula pegang paha aku, lama-lama hm.. faham-fahamlah kan tangan tu ke mana.
Nasib aku macam tersedar, aku tepis tangan dia. Time tu aku dah start menggigil dan dia mula mengganas. Dia tarik aku lagi dekat nak try cium aku dan pegang dada aku. Aku tolaklah muka dia, tiba-tiba badan aku macam keras tak boleh nak gerak macam tadi.
"Haa sudah, dia jampi aku lagi ke ni?" aku cakap dalam hati.
Aku nak keluarkan skill taekwando aku pun tak boleh sebab tak boleh nak gerak mana-mana. Tapi nasib baiklah orang tukar tayar itu datang cepat-cepat. Lelaki itu keluar dari kereta, acah-acah macam kecemasan la konon. Selepas dia keluar tu, aku baru macam tersedar balik. Then aku terus keluar dan jatuh terduduk sebab badan dan lutut menggigil habis.
Masa tengah tukar tayar tu, lelaki itu datang dekat aku, gesel-gesel badan dia dekat aku. Eeee, aku rasa nak tendang je burung dia tapi aku takut. Aku elaklah, aku jeling dia dan pergi ke depan.
Dah selesai apa semua, orang tukar tayar itu pun pergi. Aku dah seram sebab lelaki itu masih ada lagi. Dia pergi ke motosikal dia, ambil phone. Masa itu aku dah agak dia nak apa dan betul apa yang aku agak. Dia nak minta nombor telefon aku sebab senang boleh call dia kalau ada apa-apa kecemasan. B*** la, bukan tolong ikhlas pun, tolong sebab nak raba. Siallah!
Mula-mula aku tak nak bagi tapi aku fikir balik, better aku aku ada nombor dia sebab nak buat report nanti senang. AKu layanlah dia minta nombor apa semua.
Dah bagi nombor telefon, tiba-tiba dia tarik aku masuk kereta.
"Last, lepas ni mesti tak jumpa dah".
AKu dah meronta-ronta dalam tu nak buka pintu, dia kunci. Dia try hard gila nak buka baju aku, aku pun mengganaslah balik, menjerit kuat-kuat, buka tingkap apa semua. Pastu baru dia macam cool tak pegang aku. Then aku halau dia keluar dan ugut dia.
"Kalau tak keluar, aku keluar kereta jerit minta tolong".
Pastu dia pun macam okey-okey tak buat dah. Weh! Sumpah muka dia perogol sengih-sengih masa aku ugut macam tu. Dia ingat aku main-main agaknya.
Aku: "Ingatkan tolong ikhlas"
Dia: "Eh ikhlas la, apa pula tak?"
Aku: "Dah tu kenapa sampai nak raba"
Dia: "Sebab saya kan lelaki?"
WTF aku hangin betul masa itu, nak je aku jerit kat dia MEN ARE TRASH! Tapi aku takut nanti tak pasal-pasal dia bantai aku ke apa kan. Aku cuma jeling dia dan tunjuk jari tengah, terus blah. Ikutkan hati, aku nak je langgar motosikal dia tu. Aku terus drive dan rest dekat RNR Elmina tu sebab badan aku masih shaking lagi sampai sekarang.
So pengajaran dari kejadian tadi, berhati-hati walaupun di mana anda berada, jangan muda percaya pada orang yang tidak dikenali. Terutamanya golongan wanita, walaupun kita kena pergi mana-mana seorang diri pun kena sentiasa kuat dan berhati-hati sebab macam-macam boleh berlaku sekarang ni. Serious this is my worst experience ever.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Sumber: @eltheprettay
from The Reporter https://ift.tt/30QC4TB
via IFTTT