Susulan viral video seorang wanita Indonesia mendakwa anggota Imigresen melakukan kekerasan terhadap pekerja warga Indonesia dalam sebuah bas, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tampil menafikan dakwaan itu.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, pegawainya tidak menampar pekerja warga asing itu ketika operasi bersepadu dijalankan di Seberang Prai, Pulau Pinang. Sebaliknya pegawai terbabit hanya menepuk tempat duduk pekerja itu selepas berlakunya provokasi.
Jelasnya, ketika pemeriksaan dilakukan, ada segelintir pekerja Indonesia yang tidak membawa dokumen.
"Jadi, apabila soalan dilontarkan, elemen-elemen provokasi ditimbulkan. Maknanya mereka enggan memberikan kerjasama. Ini maklumat awal yang saya peroleh," katanya.
Walaupun begitu, beliau tetap mengarahkan Pengarah Imigresen Pulau Pinang menjalankan siasatan.
Difahamkan, dokumen pekerja warga Indonesia itu disimpan oleh majikan. Mereka kemudian dilepaskan setelah majikan mereka membawa dokumen pekerja ke Jabatan Imigresen.
Kelmarin, Dewi Kholifah memuat naik video tersbut yang mendakwa anggota Imigresen mengasari pekerja Indonesia sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Tetapi, Khairul berkata, adalah menjadi lumrah anggota JIM menerima provokasi daripada warga asing. Beliau sering berpesan kepada pegawai-pegawai Imigresen agar terus bersikap profesional.
"Provokasi itu selagi tidak melibatkan penggunaan kekerasan fizikal, mereka mesti tidak melayan provokasi-provokasi berkenaan," katanya.
Sumber: Astro Awani
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/2L40XpK
via IFTTT