'Minta maaf? Saya tak buat salah' - Pengasas Big Blue Taxi enggan mohon maaf atas dakwaan hina Gojek Indonesia
"Mereka tak faham konteks saya dan ingat saya menghina mereka. Saya hanya pertikaikan kedudukan Gojek nak masuk Malaysia saja," demikian jelas pengasas dan penasihat Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail.
Shamsubahrin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta dan beberapa negara lain.
Kenyataannya itu dianggap biadab dan menghina mengundang kemarahan rider Gojek di Indonesia yang mengancam akan membuat demonstrasi di Kedutaan Malaysia jika Shamsubahrin tidak memohon maaf.
Shamsubahrin yang tetap dengan pendiriannya itu berkata, kenyataan yang dibuatnya itu adalah berdasarkan perbezaan taraf hidup di antara Malaysia dan Indonesia. Beliau menjelaskan dia telah pun merujuk laporan akhbar dari Indonesia yang mengatakan rakyatnya dalam kesusahan.
Tambahnya lagi, kenyataannya itu telah disalah ertikan kerana maksudnya yang sebenar bahawa Gojek adalah untuk orang yang tidak berkemampuan.
"Apa yang saya cakap, Gojek tak boleh buat di sini (Malaysia) atas sebab rakyat kita tak perlukan. Rakyat kita masih berkemampuan, tak seperti Indonesia. Indonesia banyak kemiskinan.
"Gaji di Indonesia rendah. B40 di sana dan di sini juga berbeza. Di Malaysia, B40 masih mampu menggunakan kereta dan juga pengangkutan awam yang lain, namun di sana kebanyakan mereka hanya mampu guna Gojek saja," katanya.
Shamsubahrin juga enggan memohon maaf kerana beranggapan dia tidak melakukan sebagai kesalahan.
"Saya tidak buat salah, hanya buat perbandingan. Kenyataan yang dibuat itu juga adalah situasi yang berlaku di sana. Jadi kenapa mereka nak berdemonstrasi di Kedutaan Malaysia di sana? Apa salah kedutaan kita? Apa salah kerajaan kita?
"Namun saya akan minta maaf sekiranya rakyat Indonesia dapat membuktikan artikel yang dirujuk ketika membuat kenyataan itu adalah salah," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/342JAx5
via IFTTT