''Orang Malaysia suka sangat bagi peluang kedua' - Netizen berbalah tentang pemuda genius Math ini terbabit dalam kes pedo di London


Netizen di laman Twitter kini kecoh dengan seorang lelaki yang pernah didakwa memiliki bahan-bahan pedofilia dalam bentuk imej dan video ketika melanjutkan pengajian di London pada tahun 2015 dan didapati bersalah oleh Mahkamah 

Nur Fitri Azmeer Nordin, yang pintar dalam subjek matematik itu kemudian dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak. 

Difahamkan, Fitri kini telah dihantar pulang ke Malaysia selepas selesai menjalani hukuman penjara. 

Bagaimanapun semalam, seorang pengguna Twitter memuat naik tweet yang meminta warga Bangi berhati-hati kerana individu itu kini berada di UKM. 


Menurut laporan Lobak Merah, Fitri kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Matematik di UKM. 


Ada netizen yang berasa kurang senang dengan tweet 'hint' itu kerana beranggapan kes itu telahpun berlalu dan kata mereka, Fitri sepatutnya diberi peluang kedua dan tiada keperluan untuk mengaibkannya.

Tetapi, ramai juga netizen yang tidak bersetuju dengan 'rasa simpati' netizen di atas kerana kes pedofilia adalah kes berat dan tidak boleh dipandang ringan meskipun individu tersebut telah menjalani hukumannya. 





Apa pun pandangan dan pendapat, berhati-hatilah kita semua dan didik anak untuk tidak mudah terperdaya dengan jenayah-jenayah seperti itu. 

Sumber: Lobak Merah


from The Reporter https://ift.tt/2ZjDBQX
via IFTTT