Penuntut Malaysia di Amerika meninggal dunia selepas hilang 10 hari di hutan Ohio


Penuntut Malaysia di Ohio, Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan hilang selama 10 hari ketika mendaki dan berkhemah di kawasan hutan seorang diri, dilaporkan meninggal dunia. 

Afifi Hakimi Hussen, 23, dikatakan pergi ke hutan tersebut seorang diri. 

Berita sedih itu juga telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa di Senawang, Negeri Sembilan, awal pagi semalam. 

Difahamkan, mangsa menuntut dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu dijangka akan menamatkan pengajiannya pada Disember ini. 

Anak bongs udari tiga beradik itu juga baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 13 Ogos lalu. 

Afifi menyambung pengajian di AS setelah ditawarkan biasiswa dJPA selepas menuntut di Kolej Pendidikan Intec, Shah Alam. 



from The Reporter https://ift.tt/2ZjyOyL
via IFTTT