'Sanggup halang anak ke sekolah kerana takut 3 muka surat berkenaan jawi? Bodoh sombong' - Syed Saddiq selar kumpulan anti-khat
"Sanggup menghalang anak dari dapat pendidikan hanya kerana takut tiga muka surat berkenaan jawi yang tidak dimasukkan dalam exam dan sudahpun opsyenal.
"You cannot get more bodoh sombong than this,' tulisnya.
Sanggup menghalang anak dari dapat pendidikan hanya kerana takut 3 muka surat berkenaan jawi yang tidak dimasukkan ke dalam exam & sudah pun opsyenal.— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 25, 2019
You cannot get more bodoh sombong than this. https://t.co/r9C8iqT4Eg
Terdahulu, kumpulan berkenaan menuntut kerajaan mengadakan dialog dengan mereka berhubung cadangan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah vernakular dan jika gagal berbuat demikian, SEKAT akan menyakinkan ibu bapa terbabit untuk berhenti menghantar anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes.
"Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, kami mahu ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
"Kami akan adakan kempen untuk menyakinkan anak-anak untuk tidak pergi ke sekolah," kata jurucakap SEKAT.
Tweet Syed Saddiq itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Berdasarkan pemerhatian, ramai netizen yang berbangsa India tidak bersetuju dengan kenyataannya itu, malah menyelarnya kerana kedudukannya sebagai menteri adalah tidak sesuai menggunakan kata-kata sedemikian.
"...kerajaan telah memberikan penjelasan mengenai isu tersebut selama sebulan, ada pihak menjadikan bidang pendidikan sebagai bahan tebusan serta tawar-menawar.
"Kalau itu bukan angkuh, saya tak tahu apa lagi nak dikata. Pendidikan anak-anak bukan untuk tujuan tawar-menawar," tegasnya.
Sumber: Syed Saddiq, MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/327z4mz
via IFTTT