Suami ceraikan isteri, culas bayar nafkah anak tetapi bila bekas isteri dah kaya dia sanggup...


Sudahlah tergamak menceraikan isterinya semata-mata untuk bersama perempuan lain, lelaki ini tergamak pula merampas tiga anak-anaknya dari jagaan bekas isteri dengan cara yang sangat keji. Malah dia tergamak membuat laporan palsu yang memfitnah bekas isterinya.

Sedangkan selepas dia menceraikan isteri, lelaki ini sangat jarang datang berjumpa dengan anak-anaknya. Apatah lagi hal-hal berkaitan dengan nafkah juga culas. Namun bekas isterinya terus bangkit dan mencari kehidupan yang baik untuk menyara ketiga-tiga anaknya itu. 

Tetapi, permainan si lelaki durjana itu belum habis lagi. Dia sanggup memfitnah dan menyalahguna kuasa mahkamah untuk merampas tiga anaknya itu. Kini si ibu hanya berharap peguam ini dapat membantunya mendapatkan semula anak-anaknya itu. 

SEMASA masih berkahwin, bapa kadung tak balik ke rumah jenguk anak-anak. Seronok dengan kehidupan di luar rumah, ada makwe lain, join geng rider motosikal berkuasa tinggi. 

Kemudian lafaz cerai terhadap ibu kandung (anak guam saya) di luar mahkamah. Perceraian disahkan mahkamah syariah, hak penjagaan penuh ketiga-tiga anak diberi kepada ibu. 

Semasa perbicaraan nafkah, bapa memaklumkan kepada mahkamah bahawa gajinya kecil, banyak komitmen bulanan. Dia kena tanggung isteri baru dan keluarga baru pula. Seboleh-bolehnya nak mohon bayar nafkah ciput saja untuk ketiga-tiga anak. Tak mampu katanya. 

Ibu bangkit mengutip semangat yang hilang, cuba membina kehidupan baru, berdikari di atas kaki sendiri sebagai ibu tunggal. Nafkah anak-anak culas dibayar bapa. Ibu terpaksa berhempas pulas memberi makan pakai untuk anak-anak. 

Selepas perceraian, ibu dapat tawaran bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Bukan calang-calang jawatan. Bukan mudah untuk melepasi requirement kerajaan Arab Saudi. Mungkin rezeki Allah untuknya dan anak-anak. 

Segala kemudahan diberi majikan, bukan sahaja untuk pekerja bahkan untuk ahli keluarga. 

Anak-anak didaftarkan bersekolah di international school di sana. Yurannya saja mencecah puluhan ribu bagi setiap anak. Ada pengasuh, ada pemandu, tinggal di vila. Pendek kata, kehidupan mereka selesa, selamat, terjamin, gembira dan bahagia di sana. 

Bila dapat tahu bekas isteri dan anak-anak tiada di Malaysia, bapa failkan permohonan baru ke mahkamah syariah untuk menukar perintah hadhanah (hak penjagaan anak-anak). Mungkin tiba-tiba bapa dah jadi kaya sekarang dan sudah mampu membela anak-anak. 

Walhal selepas perceraian, semasa ibu dan anak-anak berada di Malaysia, hak lawatan yang diberi oleh mahkamah tidak dimanfaatkan pun oleh bapa. Kata bapa nak datang jemput anak-anak, berhari-hari anak-anak tunggu tetapi bapa tak muncul-muncul. 

Nafkah juga selalu culas sehingga tunggakan nafkah anak-anak yang belum dibayar kini sudah mencecah puluhan ribu ringgit. 

Bapa bertindak lebih lagi. Ego seorang lelaki bila mengetahui bekas isteri dan anak-anaknya sedang bahagia di luar negara. Kali ini bapa memohon mahkamah syariah mengeluarkan perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga anaknya dibawa ke luar negara. Kononnya kerana risaukan keselamatan dan keberadaan anak-anaknya kerana tidak percaya bekas isteri dapat menjaga anak-anaknya dengan baik di tempat orang. 

Mahkamah Syariah keluarkan perintah sekatan keluar negara untuk anak-anak tanpa kehadiran ibu. Kononnya bapa telah serahkan saman kepada ibu, tetapi ibu enggan hadir. Walhal pada sepanjang masa, bapa sudah maklum yang ibu sedang tinggal dan bekerja di luar negara. 

Ibu sudah melantik peguam syarie di Malaysia, wakalah telah ditandatangani. Serahan saman permohonan injunksi sepatutnya boleh dibuat secara sempurna kepada peguam syarie yang mewakili ibu. 

Peguam syaire yang mewakili ibu tentu akan hadir semasa pendengaran permohonan injunksi, tetapi perkara ini tidak berlaku kerana bapa telah menyalahgunakan proses mahkamah. 

Oleh kerana mahkamah syariah telah mengeluarkan perintah, Jabatan Imigresen Malaysia perlu akur. Ketiga-tiga anak tersebut telah dihalang untuk mengikut ibu mereka pulang ke Riyadh pada 18 Ogos 2019 lalu. Mereka ditahan di KLIA dan tidak dibenarkan menaiki pesawat. 

Tiket penerbangan bertarikh 18 Ogos 2019 telah dibeli sejak Januari 2019. Bapa memperolehi perintah sekatan keluar negara ke atas anak-anak pada Mei 2019. 

Apabila perkara ini diketahui oleh ibu, ibu telah berusaha ke sana sini untuk menarik balik arahan keluar negara oleh Jabatan Imigresen, termasuk memanjangkan perkara ini kepada perhatian Menteri Dalam Negeri. 

Selepas insiden sedih tiga kanak-kanak disekat di KLIA pada 18 Ogos lalu, ego seorang lelaki masih tidak berpuas hati. Kali ini bapa membuat laporan polis bahawa ibu telah meninggalkan Malaysia tanpa membawa ketiga-tiga anaknya. Seolah-olah tindakan ibu ini sangat tidak bertanggungjawab dan membahayakan keselamatan anak-anaknya. 

Kini bapa memohon polis mencari anak-anaknya dan menghantar anak-anak tersebut kepada bapa. Kononnya bapa sangat bimbang akan nasib anak-anak yang ditinggalkan di Malaysia oleh ibu setelah ibu terbang pulang ke Arab Saudi. 

_______________________________________

Apa perasaan anda setelah membaca coretan saya ini? 

Gambar di bawah dihantar oleh anak guam saya, ibu kepada ketiga-tiga kanak-kanak tersebut. Hatinya begitu perut, jiwanya sangat lara. Anak-anaknya dirampas dari hidupnya dengan cara yang keji. 


Kata anak guam saya, dia perlu tenangkan hati dan mengadu kepada Allah. Minggu ini dia berkelana 700 kilometer dari Riyadh ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah. 

Tolong beritahu saya, mahkamah syariah boleh selesaikan masalah ini tak? Jika tidak, saya komited untuk bawa kes ini ke mahkamah sivil. 



from The Reporter https://ift.tt/2ZgRLY3
via IFTTT