Tidak masuk akal! Seorang lelaki sanggup menceraikan isterinya dengan talak tiga di kawasan pekarangan sebuah mahkamah sivil di India kerana wanita itu enggan menerima gula-gula getah yang diberikannya.
Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, Simmi, 30, bersama dengan suaminya, Syed Rashid yang mendirikan rumah tangga sejak 2004, hadir ke Mahkamah Sivil Lucknow untuk perbicaraan kes wang hantaran yang difailkan ke atas mertuanya.
Ketika si isteri sedang bercakap dengan peguam belanya, si suami memberikan gula-gula getah tersebut tetapi ditolak oleh Simmi.
Berang dengan tindakan Simmi, Syed terus menceraikan isterinya dengan talak tiga di hadapan peguam berkeaan.
Susulan itu, sebuah kes telah difailkan ke atas Rashid di bawah pelbagai Akta Wanita Islam (Perlindungan Hak Perkahwinan) 2019 dan satu siasatan turut dilancarkan.
Sumber: Gulf News
from The Reporter https://ift.tt/30tc40C
via IFTTT