(Video) 'Ini negara aku tau, kalau hangpa tak nak ikut, boleh balik!' - Netizen kesal dengan tindakan anggota Imigresen terhadap pekerja Indonesia


Viral di media sosial ketika ini, klip video seorang anggota Imigresen didakwa mengasari pekerja Indonesia di dalam sebuah bas. 

Video yang dimuat naik oleh Dewi Kholifah di Facebooknya mendakwa anggota terbabit turut melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap sekumpulan pekerja berkenaan.

"Awak apa pun tak bawa? Awak buat elok-elok sikit. Haa? Ini negara aku tau? Ingat, ini negara aku tau, Malaysia. 

"Kalau hangpa tak nak ikut, hangpa boleh balik! Ha?! Paham dak?! Hangpa cari makan dekat negara aku Malaysia. Tau?!" demikian kata-kata yang disebut oleh anggota terbabit. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku pada waktu pagi 28 Ogos 2019 di Seberang Prai, Pulau Pinang. 

Dewi berkata, anggota itu sepatutnya menyelidik terlebih dahulu mengapa para pekerja warga asing itu tidak membawa pasport mereka, bukannya bertindak menggunakan tangan dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. 

Jelas Dewi, pasport para pekerja berkenaan disimpan oleh ejen untuk urusan membuat permit kerja. 

"Tak perlu main tangan dan menghina sehingga mengeluarkan kata-kata "Ini negara aku". Untuk pengetahuan kamu, tidak ada sesiapa pun yang mau ambil negara kamu dan tak perlu kamu sombong dan menghina seperti ini. 



"Tidak ada sesiapa pun yang mahu mencuri atau merampas Malaysia, tidak perlu bimbang. Buruh Migran Indonesia (BMI) duduk di Malaysia bukan percuma, setiap hari bayar ke kerajaan Malaysia di antara RM18-RM20 lebih. 

"Bahkan gaji kamu itu, migrant yang bayar. Jadi jaga mulut dan tangan. Jangan biadap ke atas pekerja migrant lagi. Pekerja migrant ini bekerja dengan pelabur asing di Malaysia. Kenapa kamu sombong amat?" soalnya. 


Sementara itu, netizen dari negara jiran juga tidak berpuas hati dengan tindakan anggota terbabit. 



Sumber: Dewi Kholifah


from The Reporter https://ift.tt/2PnserB
via IFTTT