Seorang lelaki warga emas maut selepas disengat lebih 200 ekor tebuan ketika membersihkan kawasan kebunnya.
Mangsa, Mohd Ghazali Awang, 67, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK) selepas empat hari bertarung nyawa.
Menurut anak mangsa, Mohd Firdaus Mohd Ghazali, 21, berkata, arwah bapanya pergi ke kebun bersama dengan dua adik dan abangnya menggunakan kenderaan berasingan untuk membersihkan kebun.
Namun, arwah memandu jengkaut turun ke bawah bukit untuk membersihkan semak dan secara tiba-tiba sarang tebuan sebesar tayar kereta terjatuh dan mangsa terus disengat 200 ekor tebuan. Mangsa terjun dari jengkaut dan merangkak naik ke bukit untuk menuju ke kereta.
Mangsa sempat menelefon anaknya, Mohd Ikhwan, 33, yang berada tidak jauh dari situ untuk membawanya ke Hospital Gua Musang dan setelah diperiksa, terdapat 24 kesan sengatan di kepala, manakala di bahagian tubuhnya pula terdapat lebih 200 kesan sengatan.
Keadaan mangsa sangat kritikal dan dia ditahan di hospital selama empat hari sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari semalam ketika dirujuk ke HKK, Khamis lalu.
Anak-anak mangsa reda dengan pemergian bapa mereka disebabkan sengatan tebuan yang terlalu banyak. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KESEDAR Petra pada jam 8 malam tadi.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2MN91NA
via IFTTT