Jika sebelum ini, mereka menggunakan taktik panggilan telefon dan mengaku kononnya mereka dari mahkamah atau balai polis, kini mereka menukar taktik dengan menghantar surat kepada mangsa.
Baru-baru ini, Haqiem Norazlan berkongsi gambar surat yang diterima dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya, yang meminta dia memberi kerjasama dalam siasatan kes jenayah.
Awas, scammer dah guna cara baru dah, hantar surat terus... Mohon berwaspada dan berhati-hati... 😱 pic.twitter.com/MakZGSALzH— Øكيم نورزلن (@haqiem_norazlan) September 27, 2019
Kandungan surat itu menyatakan mahkamah telah mengeluarkan perintah penangkapan dan pembekuan aset-aset. Selain itu, meminta dia merahsiakan kes jenayah tersebut agar tidak menganggu siasatan polis.
Mujur penerima surat itu tidak terperdaya kerana terdapat beberapa kesalahan yang jelas dalam surat itu dari segi tajuk surat yang tidak menggunakan huruf besar, penggunaan gelaran Y.A.B untuk hakim, penggunaan ayat yang salah dan yang paling jelas sekali penggunaan frasa "Saya yang menurut perintah" sudah tidak digunakan lagi dalam surat-surat rasmi kerajaan.
20 September 2018, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengeluarkan arahan bagi penggantian frasa "Saya yang menurut perintah" dengan "Saya yang menjalankan amanah" dalam penyediaan surat kerajaan.
Justeru, orang ramai yang menerima surat 'scammer' seperti ini tidak perlu bimbang dan sebaik-baiknya buat semakan dengan pihak berkenaan untuk mendapatkan kepastian.
from The Reporter https://ift.tt/2lRLIq9
via IFTTT