Bapa tiri durjana cabul dan rogol anak OKU


Polis menahan seorang lelaki berusia 49 tahun yang dituduh mencabul dan merogol anak tirinya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU), sejak empat tahun lalu. 

Suspek yang bekerja sebagai pemandu ditahan di sebuah rumah di Kampung Batu 3, Jalan Tunjang Tualang, semalam. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa berusia 15 tahun tinggal bersama suspek dan ibunya sejak berusia 10 tahun. 

"Laporan berhubung kejadian itu diterima daripada guru sekolah mangsa selepas mendapati remaja terbabit mengalami masalah pembelajaran takuat dan trauma untuk berkomunikasi dengan lelaki. 

"Hasil laporan itu didapati suspek mula mencabul mangsa sejak mangsa berusia 12 tahun dan dirogol sejak berusia 13 tahun," katanya. 

Bagaimanapun, perbuatan keji suspek itu terhenti selepas mangsa berpindah ke rumah datuknya di Malim Mawar, Mei lalu. 

Mangsa telah dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Pemeriksaan yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh juga mendapati terdapat kesan lama mangsa dirogol. 

Suspek direman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. 

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter https://ift.tt/2I7jjUO
via IFTTT