'Berak kat sandal, siling jatuh nyaris kena anak kecik' - Lelaki bengang jiran biarkan kucingnya buat onar


Membela kucing, jangan sampai menganiaya orang lain. Itulah pesanan yang selalu diungkap kepada mereka yang gemar membela haiwan comel tersebut. 

Namun, kebanyakan orang pandai membela kucing tetapi dari segi pengurusannya amatlah mengecewakan sehingga menimbulkan rasa kurang selesa jiran terutamanya apabila kucing peliharaan itu membuang najisnya di tempat yang tidak sepatutnya. 

Hendak dimarahkan kucing, haiwan itu bukanlah mengerti. Sebaik-baiknya sebagai pemilik haiwan tersebut galaslah tanggungjawab sebaik mungkin. 

Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa kesalnya terhadap pemilik kucing yang membiarkan sahaja kucing peliharaannya melakukan onar di rumah jiran. 

"Balik kerja sampai rumah, this what we get. Siling dah tiga ke empat kali terjun. Siap nyaris timpa anak kecil aku. Ini siap berak-berak lagi depan pintu rumah. Sandal out terus. 

"Woi peminat kucing la*anat haramjadah n*kharom, tahu bela tak tahu kurung ka? B*d*h. Hang bela kucing bukan dapat pahala, dok boleh dosa ja hari-hari sakiti jiran. Menuju jalan ke neraka la hang. La*anat lagi," katanya. 







Di media sosial, netizen turut memberikan pandangan masing-masing berhubung isu tersebut yang tak pernah habis sejak dari dulu lagi. 

"Adab dengan jiran mana? Kalau bela kucing, sila ajar kucing berak di pasir yang disediakan. Jangan biar ganggu jiran tetangga.

"Memang kucing haiwan kesayangan nabi, tetapi nabi tak ajar menyusahkan jiran. Kalau hari-hari macam ni, bukan ujian dah tapi lebih kepada mencabar. Jadi ada otak pakai, bukannya letak di lutut. 

"Jaga adab dengan jiran. Jaga kucing elok-elok. Mahu ke dosa bertimbun disebabkan anda menyusahkan jiran?" kata netizen. 

Sumber: Penang Kini


from The Reporter https://ift.tt/2mL4Kih
via IFTTT