Cemburu 2 anaknya rogol anak angkat, wanita cekik budak 5 tahun sampai mati


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dirogol dua abang angkatnya (remaja) sebelum mati dibunuh oleh ibu angkatnya yang cemburu. 

Lebih teruk lagi, dua suspek terbabit turut melakukan hubungan seks sumbang mahram bersama ibu kandung mereka di sebelah mayat mangsa. 

Ketua Polis Sukabumi, AKBP Nasriadi berkata, mangsa berusia lima tahun yang dikenali sebagai NP, dijadikan anak angkat oleh keluarga berkenaan yang tinggal di Kecamatan Lembursitu, Kota Sukabumi. 

Kejadian itu berlaku pada pagi Ahad lalu di mana mangsa dirogol oleh suspek berusia 14 tahun, yang dikenali sebagai P. Suspek kedua yang berusia 16 tahun, RG, ternampak mangsa terbaring turut merogolnya. 

Siasatan mendapati, dua suspek terbabit telah merogol mangsa sejak tiga bulan lalu dan perbuatan itu diketahui oleh ibu mereka, Yuyu, 39. 

Namun pada hari kejadian, Yuyu berang dan cemburu lalu mencekik mangsa sehingga mati dengan dibantu oleh anak lelaki sulungnya sebelum kedua-duanya melakukan hubungan seks di tepi mayat mangsa. 

Mayat mangsa kemudian dicampak ke Sungai yang terletak satu kilometer dari rumah.
Mayat mangsa ditemui oleh pemancing pada waktu tengah hari pada hari yang sama. 

Difahamkan, dua suspek itu selalu menonton video lucah bersama Yuyu. Dalam masa yang sama, mereka akan melakukan hubungan sumbang mahram ketika bapa mereka tiada di rumah. 

Suspek merogol mangsa kerana terpengaruh dengan video lucah yang ditonton. 

Sumber: Tribun, Kompas, Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2n5uMNi
via IFTTT