Pasti remuk hati ibu bapa apabila mendapati anak mereka meninggal dunia dalam keadaan yang sedang melakukan dosa.
Kes yang dikongsikan oleh bekas peguam mahkamah tentera, Tuan Kamarul, wajar dibaca dan dijadikan sebagai pengajaran.
KES PASANGAN GAY MATI DIBUNUH
Selepas pintu bilik dapat dibuka, emak terkejut melihat mayat anaknya dalam keadaan tangan dan kaki terikat di belakang. Tali ikatan bersambung ke leher si mati dan ada darah di atas lantai bilik tersebut. Apa yang terjadi?
1. Kisah menyayat hati ini berlaku pada Mei 2011 di bilik nombor dua, tingkat 8, Apartment Lagenda Tasek, Jalan Padi Makmur, Johor Bahru apabila mangsa ditemui mati dalam keadaan yang agak luar biasa, disyaki dibunuh.
2. Sehari sebelum mayat dijumpai, emaknya sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Mangsa tidak pulang ke rumah seperti biasa, panggilan telefon juga tidak dijawab dan masuk ke voicemail.
3. Emaknya kemudian menerima 'sms' daripada telefon mangsa, "Sorry, lupa charge battery". Emaknya berasa pelik kerana kebiasaannya anaknya akan 'return call', bukannya menghantar sms seperti itu. Adakah ada sesuatu yang telah berlaku?
4. Kebiasaannya mangsa akan bermalam di rumah ibu bapanya pada hari bekerja dan hanya bermalam di rumahnya di Apartment Tasek Lagenda pada hujung minggu.
5. Pada hari yang sama di sebelah petang, ayah mangsa telah ke pejabat pos UDA untuk membayar bil. Ayahnya ditegur oleh rakan sekerja mangsa yang bertanya kenapa mangsa tidak datang bekerja pada hari itu. Ayah mangsa mula berasa curiga. Di mana mangsa sebenarnya berada?
6. Pasangan itu kemudian mencari mangsa di rumahnya tetapi tidak menemuinya. Sebaliknya hanya menemui suspek bersama dua lelaki yang tidak dikenali berada di rumah mangsa. Suspek merupakan kenalan mangsa dan mungkin suspek ada di rumah mangsa disebabkan mangsa yang mengajaknya.
7. Suspek memberitahu pasangan itu bahawa anak mereka tiada di rumah dan telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan teman wanitanya.
8. Pada keesokan harinya, disebabkan masih berasa tidak senang hati, emak dan ayah si mati sekali lagi pergi ke rumah anak mereka. Mereka dapat masuk setelah menggunakan kunci pendua yang diserahkan suspek. Sekali lagi, mangsa tiada di dalam rumah tersebut.
9. Tetapi emak mangsa berasa hairan apabila pintu bilik ketiga di dalam rumah itu berkunci sedangkan pintu tersebut tidak pernah dikunci sebelum ini. Mangsa mungkin ada di dalam bilik yang dikunci.
10. Keluarga mangsa terus berjumpa dengan suspek yang mempunyai kunci pendua bilik tersebut dan kunci kemudian diserahkan kepada mereka.
11. Setelah pintu bilik ketiga dibuka, emak mangsa terkejut melihat bentuk tubuh manusia diselubungi kain selimut. Apabila dibuka dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan tangan dan kaki terikat di belakang. Tali ikatan bersambung pada leher mangsa.
12. Keluarga mangsa kemudian terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Larkin. Apa motif mangsa dibunuh?
13. Hasil siasatan mendapati, mangsa mati akibat jerutan di leher semasa melakukan aktiviti seksual yang dikenali sebagai 'Auto Erotic Asphyxia'.
14. Pakar Patologi Forensik mendapati, si mati adalah pengamal homoseksual dan auto erotic behaviour adalah aktiviti seksual yang boleh berlaku pada golongan homoseksual atau biseksual. 'Autoerotic' bermaksud 'intentional restriction of oxygen to the brain for sexual arousal'.
15. Pakar Forensik menjelaskan mayat mangsa menunjukkan mangsa terlibat dalam aktiviti seksual yang dikenali 'autoerotic asphyxia' menggunakan teknik ikatan 'bondage'.
16. Ikatan kaki kiri digunakan sebagai alat untuk ketatkan dan longgarkan jerutan pada leher dalam membantu mangsa mencapai kepuasan seksual yang bergantung pada tahap kekurangan oksigen (asphyxia) yang dialami otak sebagai rangsangan terhadap kepuasan yang dicapai.
17. Mangsa mati akibat mekanisme bantuan seksual ini yang gagal berfungsi menyebabkan mangsa terjerut dengan kuat sehingga mati.
18. Suspek kemudian didakwa dan dituduh atas kesalahan membunuh mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutuskan suspek bersalah dan dihukum gantung sampai mati.
19. Suspek membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada Jun 2016. Panel hakim Mahkamah Rayuan YAA Mokhtarudin Baki, Tengku Maimun dan Ahmad Asnawi kemudian memutuskan suspek bersalah tetapi tidak digantung sampai mati, hanya perlu dipenjara selama 12 tahun.
20. Panel hakim Mahkamah Rayuan menegaskan suspek hanya 'partner' dalam aktiviti seksual dan suspek tidak menggunakan keganasan melampau atau bertindak kejam terhadap mangsa. Apa yang berlaku hanyalah proses aktiviti seksual yang malangnya telah menyebabkan mangsa mati.
21. Jadi, suspek sebenarnya tiada niat untuk membunuh mangsa. Suspek dihukum penjara 12 tahun di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (cupable homicide not amounting to murder).
22. "When death is a likely result of the act, it is a culpable homicide. If death is imminent or the most probable result, it will be classified as a murder" (kes Tham Kai Yau v PP).
23. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Mohd Farhan Zulkarnain lwn Pendakwa Raya (2016)4 MLK 781-Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Sumber: Kamarul
from The Reporter https://ift.tt/2lF7Io8
via IFTTT