'Saje je tak amik accomodation sebab nak jimat' - Lelaki ini dikecam biarkan anak bini merempat semata-mata nak travel
Apabila melancong ke luar negara, soal penginapan, makanan dan keperluan yang lain haruslah dirancang dengan baik agar tidak menyusahkan diri di kemudian hari terutamanya jika membawa bersama ahli keluarga.
Tidak salah mahu berjimat, tetapi janganlah sampai memudaratkan ahli keluarga terutamanya anak kecil seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang sanggup tidur di tepi jalan semata-mata mahu berjimat.
Perkongsian lelaki bergelar ustaz ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang berasa kurang senang dengan caranya itu yang dianggap menyeksa isteri dan anaknya.
SURVIVAL FAMILY
Bila saya cakap kami satu family ada tidur di tepi jalan kat Eropah, memang kami tidur tepi jalan betul-betul. Tidur kat lantai airport itu biasalah, tak payah cerita pun tak apa. Tapi ini betul-betul tepi jalan.
Masa kat Itali, kami tidur kat kerusi Taman Citta Alta di Milan Bergamo, Itali. Tempat itu sunyi, tak ada orang, polis pun tak ada. Kat tepi kerusi kitorang ada paip air yang kerajaan buat untuk minum. So kalau nak minum, minum situ saja.
Makan biskut je. Saja je tak nak ambil accomodation sebab nak berjimat. Hotel biasa-biasa pun harga sampai 50 euro satu malam. Baik tidur tepi jalan je, free. Banyak lagi boleh buat dengan 50 euro tu. Ambil hotel sekali je sepanjang empat hari kat Milan tu. Itu pun sebab nak mandi, basuh baju dan restock makanan masa breakfast (ops). Ala, ambil gula dengan Nutella je. Beli roti, ngap!
Alhamdulillah baby tak meragam. Isteri pula memang jenis hati stainless steel. Saya dah beritahu awal-awal masa mula-mula kahwin dulu yang saya ni ustaz saya bagi nama Ibnu Batoota. Dia kata saya akan menggembara jauh. So kalau nak hidup dengan pengembara, hati tak boleh maruku, krup krap krup krap bunyi. Kalau tak mahu ikut, saya gerak seorang. Sama ada nak kena tinggal atau ikut dengan hati kering. Dia pilih hati kering, sekering biskut Marrie.
Alhamdulillah tak ada merungut apa-apa. Tapi ada juga sekali menangis sebab tak tahan sangat sakit pinggang tanggung beg, anak, 10 jam terkandas di airport. Selepas pujuk-pujuk sikit oklah.
Bukan nak merungut, nak mengadu letih saja. Biasalah perepuan, diorang kena lepaskan emosi itu, tak boleh simpan. lelaki pula, dia simpan dalam sebab kalau dia pun sama naik menangis bucu katil, baik potong **** je. Lelaki kena hati besi buhler Jerman boleh potong besi lain. Baru lelaki namanya. Kalau tak, mohon pakai baju pelangi.
Belum lagi cerita kami redah hujan di Itali jalan lima kilometer dari hotel ke stesen bas. Saya buka jaket saya selimutkan isteri dan anak sambil biarkan diri kebasahan. Isteri tegur, "amboi romantiknya". Saya cakap, takdelah. Tu bukan selalu hero-hero cerita Korea buat ke? Saja je tiru-tiru.
Di media sosial, netizen meluahkan rasa geram dengan lelaki itu.
Sumber: @__loveshak
from The Reporter https://ift.tt/2IbNc6M
via IFTTT