'Tiada keperluan restoran mamak mohon sijil halal kerana pemiliknya sudah tentu orang Islam' - Presiden PRESMA


Khamis lalu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendedahkan hanya dua restoran mamak di negeri itu mempunyai sijil halal. 

Menurut Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, ada pengusaha restoran mamak yang terlalu selesa dengan kehadiran ramai pelanggan menyebabkan mereka tidak mahu memohon sijil halal. 

Sedangkan prosesnya tidak rumit di mana pengusaha hanya perlu bayar RM200 bagi tempoh dua tahun pemilikan sijil tersebut dengan segala syarat seperti maklumat bahan mentah serta aspek kebersihan haruslah dipatuhi. 

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, kedai mamak di seluruh negara ini tidak perlu beroperasi dengan sijil halal Malaysia. 

Ini kerana katanya, pemilik kedai mamak sudah tentunya orang Islam dan penyediaan makanannya juga mengikut syarak. 

"Orang Islam tidak perlu membuat permohonan sijil halal. Orang Mamak tidak mungkin perlu beroperasi dengan sijil halal. 

"Kami sudah banyak kali berbincang dengan Jabatan Agama Islam tetapi mungkin jabatan di Pahang mempunyai sedikit kelainan. 

"Tetapi pengusaha kedai mamak sudah lama berniaga di Pahang dan tiada keperluan untuk memohon sijil halal," katanya memetik laporan dari Astro Awani


LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2AGn3Zz
via IFTTT