Menurut Atiff, anjing itu amat jinak dan sangat menurut arahannya, Malah haiwan itu katanya, tidak pernah mengganggu kejiranan di situ.
"Anjing ini tak kacau orang pun. Tapi budak taman ini suka kacau dia semua. Last-last kena kejar. Itulah (ada orang) yang buat report. Tetapi nampak kasar (cara mereka tangkap) sampai berdarah anjing ini," katanya.
tengok la anjing aku kena tangkap kasarnyaaa sampai berdarah mulut😢😢😢. aku marah pon tak pernah😢😢 pic.twitter.com/aqswZR9UYg— 🐶 (@AtiffAiman) September 19, 2019
Perkongsian Atiff itu viral di media sosial dan mengundang pelbagai respon netizen yang tidak bersetuju dengan cara pihak berkuasa menangkap haiwan tersebut.
Mujur ada individu yang sanggup menebus anjing tersebut dengan bayaran RM100 dan akan mengambilnya dari pihak berkuasa di Bukit Ubit hari ini.
Sumber: Atiff Aiman
from The Reporter https://ift.tt/2mvHDrM
via IFTTT