Hanya kerana seekor kucing, seorang wanita sanggup membunuh rakan serumahnya dalam kejadian pada 29 Mac lalu.
Anastasia, 41, memukul mangsa (lelaki) yang berusia 39 tahun itu dengan menggunakan tukul sehingga mati, kerana mangsa membunuh kucing kesayangannya.
Suspek yang juga seorang penganggur turut mengerat badan mangsa dengan menggunakan gergaji rantai (chainsaw) sebelum memasukkan mayatnya ke dalam lima beg plastik dan dibuang serta dibakar di daerah Kirov, St. Petersburg.
Mayat mangsa ditemui oleh seorang lelaki yang ketika itu sedang berjalan dengan anjingnya pada 5 April, lalu segera menghubungi pihak polis.
Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian menemui tulang kaki, bahu dan bahagian pelvis dan kulit mangsa.
Siasatan mendapati, suspek memukul kepala mangsa menggunakan tukul dan menendangnya bertubi-tubi sebelum mengerat mayatnya.
Ketika kejadian itu berlaku, dua lagi penghuni apartmen berkenaan tidak menyedari kejadian tersebut.
Suspek dan mangsa dikatakan sudah lama berselisihan faham dan suspek menuduh mangsa telah membunuh kucing kesayangannya.
Polis turut menemui kesan percikan darah mangsa di lantai rumah itu. Pakar forensik berkata, mayat mangsa dikerat secara profesional.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2Bs7Awr
via IFTTT