'Bila terserempak kami saling berpandangan, teringat kenangan hitam' - Awek tercirit ketika blind date


Geli hati baca perkongsian Hasrul Rizwan mengenai pengalamannya menjadi 'nyamuk' kepada rakan yang mahu bertemu dengan gadis pilihan buat pertama kali. 

Pada awalnya dia enggan, namun setelah dipaksa oleh rakannya, akhirnya dia akur dan menemani rakannya itu sehingga berlaku insiden yang tidak diingini. 

SIANG tadi terjumpa member lama dengan isterinya di pasar raya. Tak ingat berapa belas tahun dan perjumpaan itu sungguh luar biasa. Rasa kekok bila mengenangkan kisah lama antara kami bertiga yang naharam punya funny, janggal dan memalukan. 

Kisahnya masa remaja dulu, member aku ada blind date dengan seorang awek ni (isteri dia sekarang). Entah maam mana berkenalan, guna surat kot? Dia ajak aku temankan dia berjumpa dengan awek itu. Aku berat hati sebenarnya sebab tak ada fungsi pun nak ikut. Jadi tunggul ja selalunya. Hahaha! 


Tetapi dia berkeras ajak sebab dia jenis segan, tak pernah blind date dengan sesiapa sebelum ini. Muka pun stok pecah balai raya punya. Tak ada la awek nak terpikat sangat dan ini yang pertama kali. Kalau aku ada, rasa tak gugup sangat. Aku pun ikutlah dan kami jumpa awek itu. 

Memang okey awek tu, biasa je orangnya. Nampak pemalu secocok dengan member aku tu. Aku biarkan mereka berjalan, bercerita dan berkenalan. Aku follow belakang buat-buat macam halimunan. Sampai satu masa aku nampak awek tu berjalan laju pergi menonong meninggalkan member aku tu seorang diri. 

Aku deactivate mode halimunan dan berjalan tanya member kenapa. Member kerut dahi tengok awek dia berjalan masuk ke satu lorong.

"Dia pergi tandas jap, sakit perut katanya" 

Kami pun menunggulah di situ. Tetapi semakin lama, tak nampak batang hidung dia muncul. Aku pun tak tahu perempuan ambil masa berapa lama sebenarnya kalau berak. Mungkin lama, tapi tak mungkin lama macam ni. 

Masuk 20 minit, kami jadi tak sedap hati. Aku rasa dia dah cabut lari. Tetapi member aku ambil keputusan untuk pergi jenguk di depan pintu tandas untuk kepastian. Dia panggil nama awek dia dari luar. Dah beberapa lama baru awek itu menyahut dengan suara seperti mahu menangis. Dia beritahu yang dia dah terberak dalam seluar. 

Kami berdua senyap, aku nak tergelak tapi aku tahan sampai menggigil tulang selangka aku. Kahkahkah! Awek tu menangis betul. Dia tak boleh keluar sebab malu seluar dia basah kuyup. Member aku kata, jangan risau dia akan pergi beli seluar baru. Kami terus masuk pasaraya Fajar denga duit yang cukup untuk tambang balik. Member belikan dia skirt sebab tak cukup duit beli seluar. 

Kami bergegas ke tandas, member aku hulur dari luar skirt dengan seluar dalam pada aweknya. Aku tak nak cerita macam mana caranya kami beli seluar dalam tu sebab memang tak ada dalam plan. Kahkahkah! Sebab tiba-tiba je ada dalam poket member aku tu. Aku tak sedar bila dia tibai. 

Mungkin ya, bila terlalu takut dan dalam masa sama keberanian atas nama cinta yang membakar jiwa jantanmu, kita akan mampu membuat perkara yang tak mampu terbayangkan. Itulah saatnya hang perlu mencuri seluar dalam dan meneka saiz pinggang awek hang dalam masa yang genting. 

Kami biarkan awek member aku tu selesai berpakaian. Kami kembali ke tempat tadi dan terdiam. Dalam keadaan yang tergamam tanpa mampu kata apa-apa bahkan untuk bertanya sesama sendiri bagaimana kami nak balik sebab duit tambang bas pun dah tak ada. 

Selain kenapa spender corak harimau? 

Akhirnya awek itu keluar dengan muka merah padam. Malu, terkedu dan sedih dengan apa yang telah berlaku. Dia beritahu yang dia terkentut dan tak perasan yang kentut itu adalah cirit sehingga meleleh dan bila dia sedar, ia dah pun terlambat. Dia menekup wajahnya dan sambung menangis semula. 

Kami terus balik dan aku tak dengar apa khabar berita selepas itu. Aku pun tak pernah cerita kat sesiapa. Member aku pun tak pernah beritahu dan dia pun tak pernah minta benda itu berlaku. Aku tahu benda yang sulit dan sepatutnya dirahsiakan walaupun ia kisah yang bangang dan lucu. 

Aku tak ambil tahu selepas tu. Benda tu terus hilang dan aku terlupa terus. Selepas beberapa tahun, aku dapat tahu diorang berkahwin. Aku tak jangka diorang kahwin sebenarnya. Hahaha! Tetapi diorang bahagia, anak yang comel dan berpindah dan bekerja di kota. 

Sampailah tadi aku tak jangka boleh jumpa balik. Terserempak macam satu reunion yang awkward dan kami saling berpandangan dan terdiam sejenak. Tanpa terucap, kami mengetahui kenangan hitam kentut cirit di blind date kembali bergentayangan di benak kami bertiga. 



from The Reporter https://ift.tt/2PpveSr
via IFTTT