'Maaf akak, saya dah mula sayangkan suami akak' - Nak buat kajian pasal curang, sekali terlanjur dengan suami orang


Hasrat melakukan kajian dengan beberapa suami orang, akhirnya gadis itu terjebak dalam mendorong salah seorang respondennya untuk berlaku curang dan mengkhianati kepercayaan si isteri. 

Menurut confessor ini, ramai responden yang mengajak dia berkahwin walaupun mereka baru saja seminggu berkenalan. Tidak kurang juga, para suami yang menjadi responden dia turut meluahkan mengenai kekurangan isteri masing-masing. 

SALAM min. Saya merupakan pelajar jurusan syariah. Sekarang, saya sedang bercinta dengan beberapa lelaki yang merupakan suami orang untuk dijadikan sebagai 'unknown respondents' untuk kajian saya. 

Kajian saya berkaitan dengan kecurangan suami dalam rumah tangga. Kebanyakan suami yang saya pilih adalah merupakan pekerja makan gaji di sekitar Kuala Lumpur seperti pegawai askar, bomba, penguatkuasa, akauntan dan lain-lain. 

Cara kerja saya adalah bercinta selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali. 

Sebelum itu, saya ingin memohon maaf sekiranya suami tersebut berkemungkinan adalah suami kepada kakak-kakak sekalian. 

80 peratus dari responden saya ini mula jatuh cinta dengan saya dan mengajak saya untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan baru seminggu. Ada yang sanggup membeli telefon dan kad sim baru semata-mata untuk menghubungi saya. Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang. 

Secara keseluruhannya, apa yang saya dapat simpulkan tentang punca kecurangan responden saya ini ialah: 
  • Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami
  • Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus
  • Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami
  • Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap di rumah pun 'aku' 'kau'
  • Perempuan di luar yang lebih mengoda

Jadi, saya ingin ajukan soalan terbuka kepada pihak suami. Apa sebenarnya yang suami inginkan dari seorang isteri? Layanan setiap hari? Kelihatan cantik setiap saat? Zuhud dan lupakan media sosial? 

Dan khilaf saya, terjatuh cinta dengan salah seorang responden saya iaitu penguatkuasa JPJ di UTC. Maaf akak, saya dah mula sayang suami akak. 

Sumber: Luahan Orang Bujang


from The Reporter https://ift.tt/3432LWS
via IFTTT