Guru tadika berusia 26 tahun ditahan polis selepas menerima laporan dari pengadu yang mendakwa telinga anaknya dicederakan oleh guru terbabit menggunakan 'stapler'.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Ghani berkata, guru tadika itu ditahan pada jam 11.45 pagi semalam selepas menerima laporan dari pengadu pada jam 9.44 pagi hari yang sama.
Namun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Difahamkan, mangsa berusia empat tahun cedera di bahagian telinga kiri dan perkara itu hanya disedari oleh pengadu ketika mengambil anaknya pulang dari tadika pada jam 11.30 pagi Khamis lalu.
"Mangsa apabila ditanya memberitahu pengadu bahawa kecederaan itu dilakukan oleh seorang guru," katanya.
Kes itu kini dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi memastikan apakah benar suspek mencederakan mangsa dan adakah luka di telinga kiri mangsa akibat disepit dengan stapler.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2VYSkAy
via IFTTT