Seorang lelaki berusia 40 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya melanggar tayar lori yang tercabut.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.38 malam Jumaat lalu, mangsa, Ng Yen Leng, yang memandu Proton Ertiga melanggar tayar lori tersebut yang datang dari arah bertentangan.
Perlanggaran itu menyebabkan kenderaan mangsa remuk teruk di bahagian depan.
Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Renggam menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu mengerahkan enam anggotanya bergegas ke tempat kejadian.
Sebaik tiba, pihaknya mendapati mangsa cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang ke tempat kejadian.
Punca kemalangan masih dalam siasatan.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/34abIO9
via IFTTT