Seorang lelaki berusia 44 tahun memecah masuk ke dalam sebuah firma kewangan di Seattle dan cuba merompak tempat itu dalam kejadian awal Oktober 2019. Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku.
Suspek kemudian menaiki lif pergi ke pejabat perkhidmatan kewangan dan cuba membuka pintu tanpa menyedari masih ada pekerja di dalam pejabat tersebut. Pekerja berkenaan terus bersembunyi.
Suspek tidak dapat menahan dirinya apabila ternampak coklat yang berharga berharga $200 (RM836) itu lalu mengambil keputusan untuk makan coklat tersebut.
Suspek yang keletihan akibat 'sugar coma', tidur sebentar pejabat itu.
Apabila pengawal keselamatan sampai di tempat kejadian, mereka mendapati suspek tidur di sofa pejabat dengan kasut dan jaketnya dibuka.
Terkejut dengan kehadiran pengawal, suspek cuba melawan dan berkata, "Bunuh aku dulu kalau nak bawa aku masuk ke lokap!". Namun perkara itu tidak berlaku.
Suspek ditahan atas dakwaan cuba merompak. Siasatan polis juga mendapati suspek mempunyai dua waran tangkap sebelum ini.
Sumber: Business Insider
from The Reporter https://ift.tt/2BxRtNW
via IFTTT