Bila dah viral, macam-macam versi cerita pula yang timbul dan yang terbaru dari Ahmad Abu Pentarbiah Masyarakat mendakwa gambar viral suami belikan barang kemas untuk isteri RM76,700 itu sekadar marketing sahaja.
Ahmad mendakwa, barang kemas itu dibeli sendiri oleh wanita berkenaan yang juga merupakan founder sebuah produk, untuk mendapatkan semula perhatian dari netizen.
"Isteri founder produk s*****. Hari-hari buat live jual produk. Si suami kalau bukan jadi driver, jadi tukang ulang alik duk sibuk ke sana ke sini. Tak tahu apa nak buat.
"Isteri dapat duit hasil jual produk, hasil jual muka, hasil jual maruah dalam live video. Duit bagi pada suami. Lepas tu suami pun beli hadiah pada isteri menggunakan duit isteri.
"Dan si isteri post dalam Facebook dengan kapsyen "Sweetnya suami saya". Lepasi tu datanglah geng-geng penjilat duk komen tag suami masing-masing. Yang paling sadis, suami masing-masing tak layan pun isteri tag. Hahaha! Kena tipu macam tu je.
"Rumusan yang saya boleh beritahu, di sini tak ada pun sebenarnya kisah suami yang betul-betul bagi hadiah pada isteri. Yang betul pun sekadar untuk marketing saja.
"Dulu pun viral juga konon-konon bini bagi hadiah basikal Wisuki pada suami. Rakam dan selepas itu letak dalam Facebook. Padahal suami yang minta isteri beli basikal Wisuki itu sebab masa itu ramai yang sibuk bercakap mengenai basikal itu.
"Sejenis suami yang gemarkan dodedode duk minta isteri suruh beli sebab suami bukan kerja pun. Nak beli, tak ada duit. Kalau tak beli, mesti malu dengan kawan-kawan. Yerla, gaya itu mesti lebih dari orang lain.
"Jadi, nak bagi viral, rakamlah surprise! Suami pun buat-buat terkejut. Free marketing dah kat situ. Geng-geng penjilat ni kurang cerdik sikit, pantang nampak benda macam ni, excited nak tag pasangan masing-masing.
"Diorang duk pusing modal marketing yang sama je sebenarnya. Tetapi penjilat produk s***** yang masih tak sedar-sedar lagi. Tak pelik kalau produk s***** pun dia percaya dan beli. Di mana ada ketua yang kurang cerdik, di situlah lingkungan kitaran sampah. Jangan biarkan diri anda terjebak dalam lingkungan sampah kerana busuknya akan meletak dan sukar untuk dihilangkan," tulisnya.
from The Reporter https://ift.tt/31IW22K
via IFTTT